Mendiami rumah banglo pada zaman dahulu dianggap paling
kaya di daerah tersebut. Biarpun banglo itu tidak semoden hari ini, tetapi ia
lambang kemegahan pada ketika itu. Namun banyak peninggalan rumah banglo lama
pada hari ini yang ditinggal usang. Antaranya sebuah rumah banglo lama yang
terletak di Taiping. Ia dikatakan berhantu dan suasana di kawasan tersebut amat
menyeramkan sehingga ada yang terlihat lembaga di situ.
Seram: banglo lama |
Dari kecik lagi sepupu aku ni boleh nampak hantu &
jin masa tinggal kat umah tu. Sampai sekarang dia still nampak lagi tapi tak
selalulah mcm dulu. Rumah makcik aku ni pulak bekas peninggalan masa zaman
british yang menduduki taiping dulu..tahu je lah umah banglo zaman british
dulu, bawah batu atas kayu. Ada tiang2 besar dan kat belakang umah makcik aku
ni ade pokok ketapang tinggi yang dahan dia mencecah bumbung rumah.
Suasana sekeliling redup & suram je.. (skarang ni
rumah tu dah jadi opis tentera & makcik aku ni dah pindah tmpat lain). Kalau
ade forumer kat sini berasal dari taiping mesti tahu rumah banglo lama sebelah
asrama kem askar Taiping tu. Kalo dok kat area umah ni, bila time azan maghrib
atau azan subuh je msti dengar bunyi anjing menyalak sayup2 je kt sekitar umah
tu..bila kuar tengok takde pun kelibat anjing kat area situ..memang
menyeramkan…
Setiap cuti sekolah hujung tahun je aku ngan family
selalu datang umah diorang bermalam..so sepupu aku ni mula la bukak cerita…
Dari kecik dia boleh nampak & berkawan dengan jin,
dia siap makan,minum & bermain sekali dengan jin tu. Tapi yang bestnye cuma
dia je yang nampak tapi orang lain tak nampak. Pernah kitoran suruh dia
lakarkan gambaran jin tu, rupa dia macam kartun dalam citer casper… makcik aku
ni pada mulanya takut jugak tengok keadaan anak dia ni…
Ada skali tu makcik aku dengar sepupu aku ni borak dengan
seseorang kat buaian depan umah dia..bila makcik aku keluar tengok, takde orang
lain cuma sepupu aku je kat situ..terus makcik aku tarik masuk dalam umah. Masa
sepupu aku nak mandi pulak dia nampak ada tangan berbulu kat celah tingkap
bilik mandi tu tengah lambai kat dia. Bila dia pandang balik benda tu dah
takde..
Pernah terjadi masa aku dengan family datang tido kat
umah dia. Family pakcik aku yang lain pun datang bermalam jugak..So petang tu
hujan renyai2, kitorang dengan sepupu yang lain tak boleh kuar umah & just
main nyorok2 kat tingkat atas umah dia. Siap main baling2 bantal dan yang
bestnye kitorang main baling-baling 1 teddy bear ni sampai tercabut mata dia
sebelah. Alih2 tengok, teddy bear tu dah macam ngeri dah…
Pastu masa dekat maghrib tu pulak ade sekor kelawar hitam
masuk umah dia. Kitorang pun halau la kelawar tu keluar. Ntah macamana sepupu
aku ni pulak tersilap pukul klawar tu dengan penyapu sampai mati… then malam tu
kitorang tido berhimpit2 kat tingkat atas tu..masing2 dah takut sebab teringat
kelawar yang mati tu takut datang kacau kitorang..
Tengah malam tu…sepupu aku ni tiba-tiba terjaga. Dalam
ramai-ramai tu dia tido tepi sekali..masa tu dlm gelap..dia rasa ade orang
mendengus kat sebelah dia (dari tepi dia yang takde org tu). Bila dia bukak
mata je dia tengok ada sepasang mata merah terjegil tengah pandang dia macam
orang tengah marah.
Apa lagi sepupu aku ni terperanjat terus bukak lampu
& kejut sepupu2 aku yang lain. Kitorang semua bangun..pastu dalam dok
kecoh2 tu…tiba-tiba ada sedara aku yang lain ni tunjuk ada kesan calar kat
badan dia sampai luka2.. kitorang pun tanya la kot2 dia kena apa2 masa tido.
Ntah dia cakap takde plak. Sedar2 je dah ade calar tu.
Sepupu aku ni citer la lagi yang adik bongsu dia masa tu
umo dalam lingkungan 4 – 5 tahun selalu menangis bila tengah malam.. tiap2
malam pukul 12 je mesti menangis macam ketakutan & nampak sesuatu. Ada
ustaz yang dok area situ bagitau, kat atas bumbung umah dia ni ade puntianak
bergayut, sebab umah dia ni kat atas bumbung tu penuh dengan pokok menjalar yg
bersambung dengan dahan pokok ketapang tu.
Ni sepupu aku citer aper yang dia mimpi..dlm mimpi tu,dia
tgh bermain sebelah umah dia..masa tgh bermain tu dia terpandang satu lembaga
besar & tinggi berwarna hitam berdiri betul2 sebelah pokok ketapang blakang
rumah dia tu.. lembaga hitam tu berbulu dan badannya tinggi melepasi dahan
pokok ketapang tu. Ketika lembaga yg menakutkan tu cuba lalu sbelah pokok ketapang
tu, tiba-tiba badan lembaga tersebut terkena dahan pokok lalu dahan tu patah.
Keesokannya, biler sepupu aku ni sedar dari tidonyer, dia
try lah gi tengok kat belakang umah.. mmg betul2 dia nampak dahan pokok
ketapang tu patah sama cam dlm mimpi dia… Aper lagi terkejut la sepupu aku ni…
Malam ke-2 pulak.
Masa spupu aku ni tengah sedap tido kat bilik dia,
tiba-tiba dia terjaga tapi dalam keadaan mamai… Dia nampak ader 2 orang datang
dekat katil dia. Sorang tu lelaki, dan sorang lagi pompuan berpakaian seperti
pembesar zaman kesultanan melayu dulu2, datang ke arah spupu aku yg tengah
mamai ni dan laki tu bagitahu yang dia minta maaf kat sepupu aku coz semalam
ada penghulu/org2nya lalu kat belakang umah tu dengan tak sengaja dah
terpatahkan dahan pokok ketapang tu.. Beberapa ketika kemudian spupu aku ni
terjaga & dia terbau wangi seluruh bilik tido dia tu.
Keesokannya sepupu aku ni citer la kat mak dia aper yg
dia alami mlm tadi.. so mak dia ckp kemungkinan org tu adalah org bunian yg
tinggal kat blakang umah dia tu…
kalau rumah yang belakang king edward tu, ada 2 rumah. satu dah terbakar tahun 1998 dan jadi sarang seks, lagi satu rumah pula kitaorang budak skrg mmg terpaksa lalu kalau nak pergi sembahyang jumaat (budak sekolah sesi petang yg datang sekolah awal) dan selalu masuk baling mercun kat satu bilik ni, ada orang homeless tinggal kat situ (tahun 2001-2003).
ReplyDeletelagi 1 rumah tggal (bekas kuarters) blakang asrama smk king edward vii tuh .. masa aq duk hostel slalu nmpak pompuan melambai .. tambah@ masa fly ostel .. seram seyh !!
ReplyDeletedulu zaman merempit aku ngan member2 port situ la lari dr polis ..tak da apa pun...admin byk tgk vcd nie..hihihi
ReplyDeletehahaha, admin bercerita je. ang merempit team anak antos ke? chicanos ke? kickers?
Deletescary~
ReplyDelete