Peluang pekerjaan secara Sambilan/ Part time : Tambah pendapatan anda hanya dari rumah

Pekerja sambilan diperlukan. Terima bayaran upah yang sangat lumayan & peluang untuk bekerja dengan syarikat - syarikat berasaskan internet dari seluruh pelusuk dunia sebagai pekerja bebas (freelance) dari rumah.
Antara Bidang - Bidang Pekerjaan:
Bertanggung-jawab membantu mengumpul maklumat dari internet, memasukan maklumat ke dalam sistem, membuat kajian maklumat yang di kumpul, menyediakan laporan & kerja - kerja am berkaitan.
Syarat - Syarat Kelayakan:
•          Tahu mengunakan komputer & internet
•          Microsoft Office (Words & Excel)
•          Mesti boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris***
•          Mempunyai Komputer/Laptop
•          Ada akses ke talian internet
•          Berumur 18 tahun keatas
Lain - lain kelayakan:
•          Mampu bekerja tanpa pengawasan
•          Berupaya mengikuti arahan
•          Bersedia untuk kerja keras
•          Berfikiran positif & terbuka
•          Bermotivasi & mahu belajar
•          Bukan seorang pemalas
Punya disiplin diri yang tinggi

Maklumat Tentang Pekerjaan:
Kerja ini adalah jenis pekerjaan bebas (freelance) dan memerlukan orang yang serius mahu bekerja, bermotivasi tinggi & sanggup bekerja keras.
Kerja tidak terikat dengan sebarang kontrak dan waktu bekerja adalah fl├ęksibel mengikut tugasan kerja yang di pohon.
Permohonan Terbuka Kepada Semua:
Jawatan adalah terbuka kepada semua berumur 18 tahun keatas dan memenuhi syarat yang di nyatakan di atas.
Jawatan kerja di rumah ini adalah peluang yang baik untuk suri rumah, pesara, pelajar dan sesiapa sahaja yang ingin bekerja dengan keselesaan di rumah sendiri.
Tempat & Waktu Kerja:
Boleh bekerja di mana sahaja asalkan ada akses internet. Di rumah, cybercafe, Starbuck, McD atau kedai mamak 24 jam.
Waktu bekerja adalah fl├ęksibel, tawaran kerja datang dari seluruh dunia dan masa bekerja boleh di agihkan pada bila - bila masa. Pilih waktu bekerja sendiri, pada sebelah pagi, petang atau malam mengikut kesesuaian.
Contoh Kekosongan Jawatan:
Di bawah adalah contoh - contoh senarai kekosongan jawatan yang memerlukan pekerja di rumah. Senarai kekosongan di update ke dalam sistem setiap minit.
Senarai jawatan di paparkan bersama tajuk jawatan, harga upah dan tarikh tamat tempoh permohonan boleh di buat.
Jaminan Kami:
Anda tidak akan terlibat dalam sebarang urusan yang salah di sisi undang - undang Malaysia & Antarabangsa.
Di Bayar Untuk Bekerja:
100% kerja di rumah yang asli dan membayar untuk setiap tugasan yang di selesaikan.
Ingat, anda di bayar untuk menyelesaikan tugasan yang di beri. Bukan untuk menyertai sebarang proram buat duit, reseller, affiliate, MLM dan pendek kata anda tak perlu menjual apa jenis produk sekali pun.
Anda tidak sama sekali akan terlibat dengan sebarang transaksi jual beli atau sebarang perniagaan antara syarikat dengan pelangan. Sebaliknya anda di bayar untuk bekerja dan menyelesaikan tugasan yang di beri bagi pihak syarikat.

Kerja di Rumah Sebagai Alternatif:
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, berjuta - juta orang telah hilang pekerjaan di seluruh dunia akibat kemelesetan ekonomi global!
Dengan adanya internet sebagai kemudahan operasi yang murah & pantas, banyak syarikat beralih daripada mengaji pekerja tetap kepada pekerja di rumah.
Terdapat lebih 100,000 peluang pekerjaan baru di rumah telah di wujudkan bagi mengatasi masalah kekurangan pekerjaan setiap tahun.
Ini bukan sahaja memberi peluang pekerjaan kepada orang ramai, syarikat juga dapat mengaji pekerja yang berkualiti tanpa had sempadan.
Ia peluang baik untuk anda yang bercadang mencari pekerjaan alternatif di samping pekerjaan sedia ada sekarang.
Pembayaran Upah:
Bayaran upah di beri setelah tugasan selesai, boleh juga memohon untuk mendapatkan bayaran pendahuluan daripada syarikat sebelum memulakan kerja.
Ada juga syarikat yang membayar mengikut jumlah jam bekerja. Tugasan jenis ini anda perlu bekerja dalam talian melalui sistem yang di sediakan bagi merekod masa bekerja dan juga perkembangan tugasan yang di beri.
Bayaran upah di bayar melalui Paypal. Pendaftaran untuk membuka akaun PayPal adalah percuma. Panduan ringkas ada di sediakan dalam laman ahli untuk membantu anda.
Pembayaran di buat kepada anda serta merta setelah tugasan di selesaikan dan di sahkan oleh majikan, tak perlu tunggu hujung bulan untuk terima bayaran upah. 

 KLIK DISINI UNTUKMAKLUMAT LANJUT ATAU MEMOHON  

Bukti pendapatan saya : Original shoot dr akaun saya.

Cerita Misteri: Hantu di Jambatan Kg. Sungai Cengal, Ketereh,Kelantan


JAMBATAN GANTUNG yang terletak di Sungai Kampung Chengal, Ketereh, Kelantan pada masa dulu dibina dari batang buluh di mana di bahagian bawahnya diletakkan beberapa buah pelampung sejak 30 tahun lalu agak tersohor dengan kejadian misteri.

Sehinggalah jambatan berkenaan diganti baru dikenali 'Jambatan Putra' telah dirasmikan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia Ke-4, Tun Sri Mahathir Mohamed yang menghubungkan Kampung Chengal dengan Padang Halban, masih lagi berlaku kejadian yang menyeramkan dan menakutkan penduduk setempat.

Walaupun jambatan berkenaan kini telah dijadikan lokasi pemancing, namun golongan pemancing yang datang ke situ sentiasa membawa teman untuk mengelakkan kejadian diganggu oleh makhluk halus yang berkampung di situ.
Mungkin individu yang belum pernah terkena gangguan makhluk halus yang menghuni di tebing sungai tersebut akan menafikan kejadian yang dimaksudkan, namun menurut beberapa orang pemancing yang merasai pengalaman sendiri apatah lagi turut dimaklumkan oleh beberapa orang warga emas di kampung itu sebagai bukti bahawa Jambatan Putra dan Sungai Kampung Chengal memang mengusik apabila menjelang pagi.
Seorang pemancing yang ditemui, Mohd. Rizal Jusoh, 35, dari Kampung Jambu Merah, Melor, Kelantan menyifatkan Jambatan Gantung yang dibina pada tahun 1978 itu hanya boleh dilalui kenderaan ringan seperti basikal dan motosikal sahaja itu memang berpuaka.

Ini kerana menurutnya, warga tempatan sedia maklum jambatan berkenaan memang ditakuti ramai disebabkan mereka pernah terlihat jelmaan hantu air di sungai tersebut.
Di sebelah kanan jambatan gantung itu dikenali sebagai 'pengkalan mandi' yang menjadi tempat golongan remaja untuk mandi, manda, berenang dan bermain air kerana airnya agak dingin dan menyegarkan badan jika mandi di waktu panas matahari.

Namun, suatu kejadian misteri telah berlaku pada pukul 12.00 tengah hari apabila salah seorang remaja perempuan yang sedang mandi bersama lima rakannya yang lain didapati ghaib di sungai tersebut. Remaja perempuan itu dikatakan sedang terjun seorang diri ke sungai terbabit dari jambatan itu didapati tidak timbul-timbul.

Kejadian itu turut menggemparkan seluruh penduduk kampung terlibat kerana ada yang mendakwa amat mustahil remaja perempuan itu lemas kerana aliran airnya agak perlahan.

"Segelintir orang kampung ini kata remaja perempuan itu disembunyikan hantu air sebab itulah dia ghaib. Remaja perempuan itu kemudiannya muncul selepas empat hari berlalu kerana ikhtiar seorang bomoh, menyebabkan makhluk itu mengembalikannya", cerita Mohd. Rizal.
Kata Mohd. Rizal lagi, pada tahun 2008 salah seorang penduduk dari Kampung Chengal turut disakat makhluk halus di bawah jambatan berkenaan apabila perahu yang dinaikinya tiba-tiba tidak dapat bergerak seolah-olah sedang ditarik oleh suatu kuasa yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Setelah berkeras dengan makhluk ghaib itu, barulah perahu yang didayungnya itu dapat meluncur seperti biasa tanpa diganggu lagi.

Menurutnya, beliau sendiri pernah mengalami suatu pengalaman sewaktu sedang mandi di bahagian hujung Jambatan Putra beberapa tahun lalu apabila makhluk halus yang sama turut menjelmakan dirinya dalam kocakan air di sungai terbabit. Namun, beliau tidak dapat melihat wajah makhluk halus itu kecuali terpandang badannya sahaja.

"Pada saya, sungai tempat saya dan rakan-rakan yang lain sedang memancing sekarang adalah satu kawasan agak keras dan berpuaka. Ini kerana, kawasan ini agak sunyi dan terlindung dari pandangan umum apatah lagi berhampiran hutan tebal dan sebuah tanah perkuburan, katanya.

Tambahnya, di tebing sungai berdekatan dengan tanah perkuburan sering berlaku kejadian usikan. Katanya, beliau pernah beberapa kali melihat seperti gumpalan angin yang bergerak pantas ke arah tanah perkuburan di atas tebing sungai itu sewaktu sedang menunggu jorannya disambar ikan ketika memancing di sebelah pagi di atas Jambatan Putra. Namun katanya, mujurlah golongan pemancing agak ramai berada di atas jambatan terbabit, jadi perasaan seram dan takut berkurangan.

Berbanding dengan pengalaman Sabri Mat Nawi, 39, dari Kampung Bukit Kechil, Melor, Kelantan yang merupakan seorang yang sanggup berjaga malam semata-mata memenuhi hobinya sebagai pemancing di atas Jambatan Putra itu apabila beliau sering tercium bau-bauan yang harum semerbak yang pada hematnya datang dari arah rumpun buluh berhampiran tiga buah pusara di tanah perkuburan yang sama.

"Bau-bauan harum itu kerap muncul pada pukul 2.00 pagi. Waktu itu memang cukup sunyi, jadi ikan patin gemarkan suasana yang sunyi.

"Jadi, sementara kami menunggu joran disentap ikan patin, ketika itulah munculnya makhluk yang tidak diundang cuba mengganggu ketenangan kami", ujar Sabri.

Katanya, semenjak beliau datang memancing dari dulu sehingga sekarang di sungai itu, beliau pernah beberapa kali melihat sesusuk tubuh sedang melintasi arah sungai itu menuju ke arah serumpun buluh yang terletak di bahagian hujung sungai berkenaan. Padanya, agak mustahil manusia sanggup dan dapat melintasi sungai itu dengan mudah seolah-olah berjalan di atas air kecuali makhluk halus yang dapat melakukannya.

Sabri menambah, berhampiran rumpunan buluh itu memang telah diketahui umum kerana dikatakan kawasannya agak keras dan ditakuti ramai. Penduduk setempat tidak akan melalui Jambatan Putra seorang diri apabila menjelang malam kerana dibimbangi dilintasi makhluk halus yang sering menjelmakan dirinya dan sering berjalan di atas air dari arah pusara tersebut kerana kawasan itu didakwa sesetengah pihak sebagai perkampungan makhluk ghaib itu.

Kata Sabri lagi, jelmaan makhluk halus berhampiran Jambatan Putra tempat beliau sedang memancing itu memang sering mengusik mereka kerana pada masa itu suasananya agak sunyi. Jelmaan makhluk halus yang menghuni di kawasan itu seolah-olah meniru atau mengikut mereka untuk turut sama memancing. Bezanya, makhluk itu seolah-olah sedang memancing dengan cara bertenggek di atas gumpalan rumput menghijau yang tumbuh di atas permukaan air di sungai itu berbanding kebanyakan pemancing yang berada di atas jambatan berkenaan.

Sabri menambah, usikan makhluk itu terhadapnya dan rakan-rakannya yang lain kerana mereka bukannya penduduk dari Kampung Chengal itu. Sebab itulah baginya agak tidak sesuai datang memancing seorang diri, bukannya terlalu takut disakat oleh makhluk itu tetapi bimbang sesuatu yang tidak diingini berlaku tentunya tidak diketahui oleh orang lain. Justeru, dengan kehadiran pemancing yang agak ramai sedikit sebanyak dapat memberikan ketenangan dan tumpuan terhadap hasil yang bakal diperolehi nanti. 

Cerita hantu dan seram: Hantu jerangkung


pada  suatu hari sepasangsuami isteri bersama anaknya ingin bercuti di cherating. apabila mereka sudah siap sedia untuk pergi ke cherating ,mereka pun bertolak . mereka bertolak tepat 8.30 mlm.apabila mereka melalui terowong lebuhraya karak anak mereka yang baru umur 17 bulan itu mula menangis .ia menangis sekuat hati .apabila mereka melepasi pekan karak tiba-tiba kereta mereka rosak. si suami pun alihkan kereta tersebut ketepi jalan. si suami  cuba membaikinya tapi tidak berjaya . si suami berkata kepada si isteri yang dia ingin ke pekan karak .tetapi si iateri melarang dia berbuat demikian .si suami berkata kalau kamu takut pasang lah kaset  al qur'an. si suami pun mula berjalan. setelah berjalan si suami berasa sangat letih dia pun duduk di bawah sebatang pokok yang besar dan agak seram.semasa si suami sedang berehat ada sebuahkereta yang dipandu oleh 4 oang pelajar kolej  memandu dengan laju .di dalam fikiran si suami berkata"haaa ni mesti nampak hantu ni".si suami pun teruskan perjalanan  apabila dia menghampiri pekan karak dia nampak sebuah lori yang memandu dengan laju orang yang memandu lori itu menjerit kepada si suami " dei tengok belakang dei".si suami pun dengan berasa tidak senang hati dia toleh kebelakang  dan telah nampak sesuatu yang agak mengerikan dia telah nampak mahluk halus yang bernam jerangkung .si suami cuba  melarikan diri tapi dia tidak berjaya.jerangkung itu telah menangkap si suami.si isteri tidak mengetahui yang suami nya telah di tangkap oleh jerangkung. si isteri berasa sangat risau dan takut .dia pun memainkan kaset al qur'an itu.setelah saja si isteri memainkan kaset tersebut tiba-tiba  kasetnya terpadam.bayi yang asyik menangis itu pun tiba-tiba tersenyap .si isteri berasa sangat pelik 2 minit selepas bayi itu dan kaset itu berhemti berbunyi jam menunjukkan pukul 3:00pgi.pada pukul 3:03 pgi si isteri terkejut apabila terdengar bunyi hentakkan di bumbung kereta . pada pukul 3:04 polis ronda yang memandu kereta  tersempak bersama kerata itu .seorang polis keluar dari pintu kiri ddan meng acukan pistol ke pada kereta itu dan seorang lagi polis keluar dari pintu kanan . polis yang keluar dari pintu kanan itu mengarahkan si isteri keluar dari kereta(PUAN SILA KELUAR DARI KENDERAAN DANBERGERAK KEARAH KAMI,JANGAN TOLEH KEBELAKANG CEPAT SIKIT)TAPI SI ISTERI DEGIL DIA TOLEH JUGA KEBELAKANG.APABILA DIA TOLEH KEBELAKANG DIA TERNAMPAK SATU MAHLUK YANG BERNAMA JERANGKUNG SEDANG MENJAMAH SUAMI DIA .SI ISTERI PUN BERLARI  KEARAH POLIS DAN TERUS MASUK KEDALAM KERETA POLIS TERSEBUT DAN SEORANG POLIS TELAH MELEPASKAN DUA DAS TEMBAKAN KEARAH JERANGKUNG  DAN KEDUA-DUA POLIS ITU MASUK KEDALM KERETANYA DAN TERUS KE PANGKALAN.PASAL JERANGKUNG TU TAKDE SESIAPA  PUN YANG TAHU APA JADI PADA MAHLUK ITU INILAH MITERI JERANGKUNG

Cerita hantu: Hantu Penanggal


Makcik Semah seperti mana lazim nya tiap-tiap pagi bangun awal dari tidur untuk bersiap-siap untuk pergi kerja menajak di sebuah estet yang jauhnya kira-kira 5 kilometer dari rumah beliau. Pada pagi itu Makcik Semah teragak-agak hendak keluar rumah sebab keadaan di luar rumah gelap lagi, sesekali terdengar bunyi kokokan ayam bersahut-sahutan ,jam dinding pula telah mati. Sekarang sudah pukul berapa pun Makcik Semah tak tahu.

Hendak tak hendak Makcik Semah terpaksa juga keluar rumah berjalan menuju kesimpang jalan menunggu lori mengambil beliau bersama dua,tiga orang rakan seusia. Suasana sekeliling memang gelap betul, Makcik Semah terpaksa berjalan berhati-hati takut kalau tersepak tunggul kayu. Setelah berjalan kira-kira 3 rantai dari rumah sampai la Makcik Semah di bawah pohon rambutan di simpang jalan. Makcik Semah melabuhkan punggung beliau di tunggul kayu sambil menanti rakan-rakan yang lain tiba.

Lama jugak Makcik Semah menunggu,berdetik di hati Makcik Semah, kenapa la agaknya rakan-rakan beliau tak tiba lagi tak pernah mereka lambat. Dalam keadaan memikirkan hal rakan-rakan beliau tiba-tiba Makcik Semah terpandang cahaya yang memanjang di udara , berkerlipan mempunyai cahaya yang berwarna warni terbang diudara tingginya kira-kira setinggi pokok rambutan tempat Makcik Semah enanti rakan-rakannya. Bila di amat-amati baru la Makcik Semah perasaan objek tersebut meyerupai kepala maknusia berambut panjang, dua biji cahaya merah tersebut ialah mata lembaga tersebut dan yg berjuntai memanjang seperti perut ayam, bercahaya berwarna-warni ialah usus perut lembaga tersebut tanpa tubuh.

Makcik Semah terpaku tak terkata ,lesu seluruh anggota apa yang daya Makcik Semah lakukan hanya lah menanti lembaga tersebut hilang dari pandangan. Kira-kira setengah jam kemudian baru la rakan-rakannya tiba. Apa yang berlaku tadi semuanya diceritakan kepada rakan-rakannya. Menurut rakan -rakan nya lembaga tersebut ialah Hantu Penanggal ia ialah kejadian dari seorang wanita yang menuntut ilmu hitam. Pada siang hari ianya akan menjadi manusia biasa dan pada malam hari kepala beliau akan bercerai dari badan berserta usus-usus perut keluar mencari darah,biasanya ia menghisap darah wanita yg keluar ketika bersalin. Kalau ketika itu tiada orang bersalin ianya akan menghisap darah binatang ternakan seperti ayam.

Rupa-rupanya Makcik Semah terawal satu jam menanti ,sebab itu rakan-rakan nya tiada . Sejak hari itu Makcik Semah tak berani lagi keluar rumah tanpa di temani anaknya. Dan jam dinding di rumah beliau pun telah dibetulkan.

Cerita seram : Sapaan jururawat


KEBANYAKAN daripada kita pasti bersetuju bahawa hospital adalah antara tempat yang tidak sesuai untuk bergurau atau berjenaka. Tempat seumpamanya sudah banyak membawa khabar dan cerita pelik yang berbaur mistik.

Bukan untuk menakutkan sesiapa, tetapi fenomena yang mahu diceritakan semula ini hanyalah untuk renungan bersama. Ia adalah peringatan bahawa dalam dunia yang kita diami, bukan manusia sahaja yang mutlak mengisi dimensi ruang dan waktu.

Terjadi di sebuah hospital yang terletak di sebelah pantai barat negara ini, Diya sudah tiga minggu menemani tunangnya, Aziz, yang terlantar akibat menjalani pembedahan membetulkan kedudukan tulang kaki yang patah akibat kemalangan jalan raya.

Sering berada di hospital selepas waktu kerja, malah biasa bermalam menemani kekasih hatinya itu, Diya secara tidak langsung sudah mengenali ramai pesakit dan petugas di hospital itu.

"Hendak dijadikan cerita, pada hari pertama keempat aku menjaga Aziz di hospital lebih kurang dalam pukul 11 malam di tingkat tujuh, aku terjumpa seorang jururawat. Lengkap dengan pakaian seragam berwarna putih di hadapan kaunter," Diya memulakan cerita.

Kata Diya, dia sangat mengenali jururawat itu. Namanya Yanie. Sejak hari pertama Aziz di hospital, Yanie memang sering dalam syif. Jadi, pada malam Diya terserempak dengan Yanie, mereka berbalas pandangan. Diya tersenyum lalu menyapa dia.

"Syif malam lagi hari ni? Kerap juga nampak awak...." Itu yang Diya ucapkan kepada Yanie yang hanya membalas dalam tersipu-sipu; "Ya, kerja malam ni. Tiap-tiap malam saya nak kerja."

Jawapan itu sedikit pun tidak mencetuskan tanda tanya dalam kepala Diya hinggalah dia akhirnya tertidur di sisi katil Aziz kemudiannya.

Disapa terbit matahari pagi keesokannya, Diya dikejutkan oleh bunyi kedatangan seseorang. 'Eh, Yanie masih berjaga?' Kata Diya dalam hati. Pagi itu Yanie mengenakan uniform yang berbeza. Kemeja putih dan berseluar hitam. Yanie datang untuk memeriksa peralatan rawatan dalam wad tersebut.

"Awak tak balik lagi? Siap tukar uniform lagi," tanya Diya sambil menggosok mata malas paginya.

"Bila pula saya datang, kak? Saya baru masuk kerja ni lepas dua hari cuti. Ni memang uniform saya. Saya hanya pembantu teknikal. Bukan jururawat," jawabnya yang membuatkan Diya terlopong.

"Tapi malam tadi akak tegur awak. Kita jumpa depan kaunter. Awak pakai uniform putih jururawat," Diya cuba meyakinkan apa yang dilihat malam sebelumnya.

"Akak jangan main-main. Saya baru masuk kerja hari ni. Saya bukan jururawatlah,'" Yanie memberitahu sambil sengih. Kemudian dia tiba-tiba menutup mulut dengan tangan sementara dahinya berkerut. Cepat-cepat dia menarik tangan Diya ke luar wad, sebelum perbualan didengari Aziz yang masih lena.

"Akak, dengar saya cakap ni ya. Jangan beritahu sesiapa, terutamanya tunang akak tu. Nanti dia takut tinggal keseorangan," kata Yanie seakan berbisik.

"Apa dia?" tanya Diya.

"Begini, tiga hari sebelum tunang akak masuk wad, ada kes bunuh diri dalam hospital ni. Ada seorang wanita mati gantung diri dalam bilik dia di tingkat sembilan. Dia tak dapat terima hakikat yang dia disahkan berpenyakit dan tidak boleh hidup lama," terang Yanie dalam sedikit menggeletar.

Sambung Yanie, semenjak itu ada saja orang yang menemukan perkara pelik dalam hospital itu. Paling kerap adalah kes 'duplikasi'. Ramai orang terkeliru dan terkejut bila ada jelmaan yang asyik menyerupai petugas-petugas hospital.

Mendengarkan cerita Yanie, Diya terdiam. Terus terdiam dan tidak mahu mengulas apa-apa selepas itu. Sepanjang hari dia berani dalam takut. Berani kerana mahu menemani Aziz, takut kerana tidak mahu berjumpa dengan staf hospital yang 'palsu' itu.

'Ah! Biarlah, dia tak kacau aku. Bukannya hantu jahat pun!' Diya menenangkan hati sendiri.

Malam itu, Diya menggagahkan diri kerana mahu menemankan Aziz yang tidak tahu apa-apa tentang kejadian itu. Waktu itu pukul 10.30 malam. Sambil membaca majalah, Diya sesekali menjeling ke arah jururawat bernama Hafizah yang memeriksa bengkak di kaki Aziz.

"Dia dah lena tidur. Awak pun tidur ya. Jangan berjaga malam," ujar Hafizah yang hanya dibalas senyuman dan anggukan perlahan Diya. Kemudian dia memeriksa pesakit di katil sebelah Aziz dan meninggalkan wad.

Sempat menoleh ke arah Hafizah melangkah, Diya terjerit kecil. Dia tersentak, dan darahnya bagai berhenti mengalir. Pandangannya tiba-tiba kabur dan gelap. Diya tidak bermaya. Dia ternampak Hafizah berjalan menembusi dinding!


6 tanda-tanda rumah berhantu


Hantu, pasti anda sering mendengar kata yang satu ini. Hantu merupakan makhluk halus yang tidak boleh dilihat secara mata kasar oleh sembarangan orang. Pada umumnya, hantu sangat suka berada di tempat-tempat sepi, kotor, lembap, atau rumah kosong dan tidak terurus. Namun apa jadinya jika hantu tersebut singgah dan tinggal di rumah anda? Di bawah ini ada beberapa tanda bahawa rumah anda ada hantu :

1. Perasaan aneh. Anda merasakan perasaan yang aneh bila berada di rumah. Merasa tidak tenang atau gelisah terus menerus. Atmosfera rumah anda terasa tebal, sempit atau berat.

2. Sering terdengar suara-suara aneh. Yang paling sering adalah suara ketukan-ketukan pada dinding rumah anda, kadang-kadang juga dapat terdengar langkah orang berjalan, berlari atau suara orang sedang mandi di bilik air.

3. Tercium bau-bauan. Biasanya bau bunga kubur iaitu bunga kenanga, harum malam atau bau bunga melati yang wangi, bau darah, bau busuk. Hantu yang mengganggu atau jahat biasanya
kedatangannya disertai dengan bau busuk seperti bangkai atau sejenisnya.

4. Benda bergerak sendiri. Seperti perabot bergerak sendiri, malahan yang parah anda mungkin mengalami "gempa bumi dalam rumah" iaitu perabot bergoyang-goyang semua padahal tidak ada pergerakkan pada lantai rumah seperti gempa bumi.

5. Binatang peliharaan nampak gelisah.Seperti kucing, ayam, burung, ikan dalam akuarium, anjing.Dan lain-lain binatang peliharaan yang ada.

6. Kemunculan depan mata. Wah ! Yang ini paling menakutkan. Anda mungkin saja langsung ditemui oleh hantu untuk memberi tahu bahwa mereka ada di sekitar anda.

Hantu yang paling sering muncul di negara kita antara lain pontianak, pocong, hantu raya, hantu pelesit, saka dari keturunan kita, roh-roh yang tidak diterima bumi atau hantu tanpa kepala.

Untuk menghalau hantu yang mengganggu rumah, banyak cara yang dilakukan orang terpulang kepercayaannya. Namun yang terpenting tentunya kita harus selalu yakin bahwa Allah akan selalu memberikan perlindungan kepada kita.

Boleh juga dengan menaburkan garam kasar.Tapi awas ! Garam kasar boleh mencederakan dan membunuh hingga teruk makhluk-makhluk halus ini.Sehinggakan rumah anda akan berbau
hanyir akibat kecederaan makhluk halus tersebut akan membalas dendam.Jika anda tiada ilmunya jangan lakukan ini.Sebaik-baiknya pangilah mereka yang pakar dalam bidang ini.

Cerita Misteri Seram : Kemanyan City, Johor Bahru


Kisah kali ini adalah di kawasan Johor Bharu. Orang Johor Bharu terutama yang di sebelah Tampoi, Skudai, Kulai dan sebagainya tentunya mengenali Kemayan City. Kemayan City adalah sebuah kompleks yang terbengkalai mangsa kegawatan ekonomi tahun 1998. Ia dikenali ramai kerana gahnya semasa pelancarannya dahulu juga jalan Overheadnya yang menjadi tempat U-turn ke Skudai atau Tampoi. Tak taulah status jalan tersebut samada diiktiraf atau tidak tetapi memang jem di situ terutama semasa waktu petang.

Tetapi kini Kemayan City menjadi tempat yang misteri dan dipercayai menjadi port Mat gian. Namun ada juga yang mengatakan Kemayan City berhantu terutama oleh warga Singapura seperti yang diceritakan oleh Ustaz JAIJ, Ustaz Hanafiah Abdul Razak.

JOHOR BAHRU: Mall berpuaka! Itulah gelaran diberi kepada kompleks beli-belah terbengkalai Kemayan City di Tampoi apabila beberapa keluarga rakyat Singapura terjebak membeli-belah di situ sebelum pulang ke negara asal mereka dengan membawa daun kering atau barangan dibeli lenyap begitu saja.

Cerita pelik dan menyeramkan berkaitan aktiviti paranormal di kompleks Kemayan City bukan lagi asing di kalangan masyarakat bandar raya ini, malah misteri alam ghaib di pusat beli-belah terbengkalai lebih 10 tahun lalu itu menjadi buah mulut penduduk Singapura.

Bagaikan badi kepada warga Singapura, cerita menggerunkan di Kemayan City dikatakan popular kalangan warga republik berkenaan yang mendakwa mengalami peristiwa dianggap susah diterima akal seperti berbelanja dan makan di pusat beli-belah yang sebenarnya tidak pernah beroperasi selepas projek itu terhenti pada 1998.

Kejadian menyeramkan di pusat beli-belah berkenaan pernah dialami sekeluarga rakyat Singapura dari kawasan perumahan di Woodland pada Jun tahun lalu.

Semuanya bermula apabila keluarga terbabit dikatakan mengunjungi pusat beli-belah terbengkalai terletak di tepi Jalan Johor Bahru-Air Hitam pada satu malam, ketika mereka dalam perjalanan pulang menghadiri majlis kenduri kahwin saudara di Melaka.

Sebaik tiba di Kilometer 13 Jalan Johor Bahru-Air Hitam menghala pusat bandar raya kira-kira jam 9 malam, keluarga terbabit tertarik ke arah bangunan di sebelah kiri jalan berkenaan yang bergemerlapan dengan lampu aneka warna dan meriah dengan kunjungan orang ramai.

Tarikan itu menyebabkan keluarga terbabit membuat keputusan singgah dan mendapati kemeriahan itu adalah majlis pembukaan pusat beli-belah yang diadakan secara besar-besaran.

Menyangkakan Kemayan City dipulih dan memulakan operasinya, keluarga berkenaan tidak melepaskan peluang singgah memandangkan malam masih awal.

Selepas berada lebih setengah jam di situ, keluarga berkenaan beredar kerana mempunyai satu lagi destinasi yang perlu singgah sebelum balik ke Singapura.

Mereka menuju rumah saudara di Kampung Pasir yang terletak tidak jauh dari pusat beli-belah berkenaan.

Ketika berada di rumah saudara, seorang ahli keluarga terbabit bercerita mengenai kehebatan majlis pembukaan Kemayan City ketika singgah di situ.

Sungguh mengejutkan apabila keluarga malang itu mendapat berita daripada saudara mereka bahawa bangunan yang didakwa beroperasi sebenarnya masih terbengkalai sehingga kini, bahkan semakin usang.

Pengalaman yang ditempuhi keluarga terbabit diceritakan sendiri mangsa kepada pegawai di Unit Falaq Syarie Jabatan Mufti Johor, Hanafiah Abdul Razak.

Menurut Hanafiah, beliau dihampiri mangsa ketika menyampaikan kuliah agama bulanan di kawasan perumahan berkenaan, beberapa hari selepas kejadian menyeramkan itu.

“Lelaki itu sering mengikuti kuliah agama saya dan pada satu hari dia bertanyakan kepada saya apakah yang berlaku di Kemayan City kerana ada ahli keluarganya mendakwa berbelanja di pusat beli-belah itu.

“Namun, semua barangan dibeli itu termasuk pakaian, didapati hilang sebaik mereka tiba di rumah dan keadaan itu menimbulkan gangguan emosi kepada keluarga berkenaan selepas melalui detik dianggap pelik dan menyeramkan itu,” katanya. Menurut Hanafiah, beliau turut pernah diajukan soalan yang meminta penjelasan berhubung alam ghaib oleh orang ramai yang mengikuti kuliah agamanya di negara republik itu, terutama berkaitan kejadian aneh di Kemayan City.

“Dari segi pandangan Islam, kejadian dialami segelintir pihak di bangunan terbengkalai itu angkara syaitan yang sentiasa mencari jalan untuk memperdaya dan menyesatkan umat Nabi Adam.

“Imam An-Nawawi dalam kitab Al-Adzkar menerangkan beberapa jenis syaitan termasuk bernama Zalanbur berkeliaran di bandar untuk melalai dan melekakan manusia termasuk mendalangi kejadian individu yang pernah tersesat ke bangunan terbengkalai Kemayan City itu” katanya. Katanya, dalam hadis yang diriwayatkan Imam Ahmad ada menerangkan bahawa rumah atau bangunan yang dibiarkan kosong dan kotor untuk satu tempoh lama akan menjadi kediaman syaitan kerana lumrah makhluk yang dilaknat Allah itu menyukai benda kotor dan busuk.

“Namun, umat manusia amat bertuah kerana dikurniakan hadiah yang tidak ternilai oleh Allah iaitu al-Quran mengandungi ayat yang boleh dijadikan pendinding dari diganggu mahkluk halus seperti jin dan syaitan iaitu ayat Kursi” katanya.

panas dan terhangat

Promosi

Koleksi

6 tanda-tanda rumah berhantu Cara melihat hantu dengan mudah Cara mengesan kewujudan hantu cerita benar: pengakuan seorang perogol cerita hantu : chatting di hostel Cerita hantu : Ditegur arwah cerita hantu : diusik penunggu rumah Cerita hantu dan seram: Hantu jerangkung Cerita hantu dan seram: Roh wanita di rumah sewa - Seksyen 7 cerita hantu seram misteri kampung Tanduo cerita hantu seram: Diganggu ketika bertugas malam cerita hantu seram: Tetamu malam Cerita hantu: Hantu Penanggal cerita hantu:hantu penanggal cerita hantu:hantu tali gantung cerita hantu:penunggu cerita misteri Cerita Misteri Seram : Kemanyan City Johor Bahru Cerita Misteri: Hantu di Jambatan Kg. Sungai Cengal Cerita seram : Misteri lorong Cerita seram : Sapaan jururawat cerita seram: bayi terkena badi cerita seram: diganggu hantu jepun cerita seram: diganggu syaitan Cerita seram: Jelmaan Tok Bidan bawa janin keliling kampung cerita seram: pontianak Cerita seram: Pramugari bersetubuh dengan hantu raya Cerita seram: Roh wanita dalam tandas cerita seram: teksi cerita seram: tetamu misteri cerita seram: toyol curi duit cerita seram:arwah ibu lawat anak cerita seram:kaki cari tubuh cerita seram:kepala atas kubur cerita seram:kepala berambut panjang cerita seram:langsuir cerita seram:menempah bilik cerita seram:misteri kematian polis cerita seram:pengalaman ngeri penggali kubur Gadis ghaib muncul di kubur jelmaan tiga gadis misteri di tasik melati Jenis-jenis hantu Kelantan Ketereh kisah cerita hantu dan seram di gunung pulai kisah cerita hantu dan seram di hospital putra jaya kisah cerita hantu dan seram di sebuah hotel di Ipoh kisah misteri lorong sunyi Kisah seram : Tengkorak terbang di Seri Alam Kisah seram benar : Pengalaman penggali kubur kisah seram di pantai kisah seram di pondok kebun pisang Kisah Seram Jalan Lama Karak Kisah seram: Asrama Kisah seram: Banglo lama di Taiping Kisah Seram: Hantu di UTP Mimpi seram: Arwah minta bersihkan darah bawah tikar Peluang pekerjaan secara Sambilan/ Part time : Tambah pendapatan anda hanya dari rumah Peluang pendapatan : Pekerja sambilan diperlukan Roh ibu mencari bayi Seram: Puaka di Genting Shah Alam video hantu dan seram 1 video hantu dan seram 2 video hantu dan seram 3