Seperti satu kebiasaan, rumah sewa yang sepatutnya mahal,
tiba-tiba menjadi murah sering dikaitkan dengan kejadian yang menyeramkan. Ini
kerana tuan rumah seperti terdesak untuk mencari penyewa tanpa memaklumkan
perihal yang berlaku di rumah tersebut. Seperti yang berlaku di Syeksyen 7 Shah
Alam. Namun kami difahamkan rumah sewa di Shah Alam sebenarnya tidak benar
seperti yang didakwa oleh pemilik dan jiran terdekat. Jom ikuti kisah di bawah
ini.
“Abang dah jumpa rumah yang sesuai untuk kita. Kalau tak
ada masalah, hujung bulan ni kita pindah. Rasanya sesuai untuk kita berdua.
Kalau ada saudara mara yang datang pun senang sebab rumah tu besar,” ujar Amil
kepada isterinya, Niza.
“Rumah kat mana bang. Senang ke saya nak pergi kerja,”
tanya Niza membalas cakap suaminya. “Di kampung seberang. Sewanya pun murah,
RM400 sebulan. Rumah teres dua tingkat. Masa pusing-pusing di kampung seberang,
abang ternampak papan tanda rumah untuk disewa. Tuan rumah pun tak banyak
tanya, terus sahaja setuju bila abang cakap nak sewa. Malah dia tak minta pun
dulu duit pendahuluan macam orang lain. Lagipun tak seronoklah duduk di rumah
mak. Sekurang-kurangnya kita perlu berdikari,” jelas Amil bersungguh-sungguh.
Baru sebulan berkahwin, sememangnya Amil mahu hidup
berdikari. Dia tidak mahu menyusahkan keluarga mentuanya apabila tinggal
bersama. Lagipun dia perlu suasana yang tenteram kerana kerjaya sebagai pelukis
membuatkan dia lebih senang berseorangan agar ilhamnya lebih kreatif. Cukup
bulan, pengantin baru ini menganbil keputusan berpindah rumah. Biarpun keluarga
mentuanya tidak berapa bersetuju tetapi selepas menjelaskan sebab-sebabnya,
mereka mengizinkan tambahan pula mereka bersetuju untuk sekerap mungkin balik
menjenguk keluarga mentua.
Seharian mengemas, menyebabkan Amil dan isterinya
keletihan malam itu. Dia tidur agak nyenyak tetapi malangnya mata Niza tidak
juga mahu lelap. Dia merasakan ada sesuatu yang tidak kena, dadanya rasa
berdebar-debar yang alang kepalang. Sejenak dia memusingkan tubuhnya, suaminya
tidur begitu nyenyak sekali, siap berdengkur. Puas dia mengiring, kiri dan
kanan, malangnya matanya tidak mahu lelap. Sejenak Niza bangun dari
perbaringannya, dia mahu minum air bagi menghilangkan dahaganya. Semasa dia
mahu meneguk air,serentak itu satu bunyi dentuman pintu agak kuat berbunyi. Dia
menjerit ketakutan. Matanya meliar. Puas dia memangdang kiri dan kanan. Puas
hatinya berfikir, kenapa pintu bilik air berdentum kuat sedangkan bukan ada
angin yang bertiup. Meremang bulu romanya, segera dia minum dan bergegas naik
ke tingkat atas. Suaminya masih lagi tidur selena-lenanya. Malam itu sedikit
pun dia tidak dapat melelapkan matanya.
“Kenapa mata sayang nampak sembap. Tak tidur lena ke
duduk rumah baru,” gurau suaminya.
“Entahlah bang, mata Niza tak boleh lelap walaupun
seketika. Rasa macam ada mata yang mengintai dan melihat apa yang kita buat.
Malam tadi pun masa abang tengah nyenyak tidur, Niza turun ke bawah untuk minum
air. Tak semena-mena pintu bilik air berdentum tertutup dengan sendiri. Niza
rasa tak sedap hatilah bang tinggal di sini,” jelasnya.
“Ada-ada sajalah Niza ni, abang tak ada rasa apa yang
ayang rasa. Agaknya ayang tak biasa lagi kot, tinggal di rumah baru. Hah! Kalau
ada hantu nak kacau, kejutkan saja abang, tahu lah abang kung fu dia,” gurau
Amil sambil menunjukkan gaya kung fu nya.
“Hah! Abang ingat nak keluar hari ni, ada urusan dengan
Hamid. Dia nak bincang mengenai pameran lukisan secara solo dengan abang.
Insyallah, kalau jadi projek ni, nampak gayanya kita berbulan madu di luar
negara lah,” gurau Amil lagi bagi menyedapkan hati isterinya.
“Abang balik tak tengahari ni. Kalau balik saya nak masak
lebih, nanti tak adalah nak membazir sangat.”
“Insyallah, kalau bincang habis cepat, abang balik
cepat,” guraunya lagi. Malam itu, sekali lagi Niza tidak dapat lagi melelapkan
matanya. Puas dia berpusing kiri dan kanan dan ketika mahu turun ke tingkat
bawah, dia nampak bayang-bayang seorang kanak-kanak kecil sedang
melompat-lompat ruang tengah rumah. Gementar hatinya. Mana ada budak kecil
tinggal di sini, fikir hatinya. Serentak itu, dia menggigil ketakutan dan
pantas berlari mengunci bilik tidurnya.
Gangguang demi gangguan dialaminya setiap hari sehingga
Niza jatuh sakit. Jika hari sebelumnya dia ternampak bayang kanak-kanak
melompat-lompat di ruang tamu rumah, kali ini dia terpandang satu wajah yang
mengerikan. Dengan lidah yang terjelir dan rambut kusut masai, wajah mengerikan
itu terus memandang dirinya. Niza meracau-racau apabila terpandang wajah hodoh
itu.
Puas suaminya meminta bantuan bomoh tetapi semuanya
mengaku kalah kerana rumah yang mereka duduki itu agak keras. Seorang kawan
memperkenalkan dirinya dengan Ustaz Amran. Tiga hari tiga malam ustaz Amran
mengubati isterinya dan alhamdulilah, sembuh sepenuhnya. Mengikut Ustaz Amran,
roh wanita yang telah dilihat Niza telah lama berkeliaran di rumah tersebut
kerana membunuh diri disebabkan tidak tahan didera suaminya. Dia telah mengelar
pergelangan tangan anak kecilnya yang berusia tiga tahun kerana tidak tahan
dengan sikap suami yang main kayu tiga.
Patutlah tuan rumah segera meyewakan rumah itu kepada
Amil tanpa banyak soal. Rupanya tersimpan misteri yang tidak terungkap sebelum
ini.
Cerita menarik , tapi ending tak berapa bagus. Klau ustaz Amran tu betul2 ustaz, dia tak kan cakap hantu yang kacau tu roh perempuan mati. Ini kerana dalam islam roh org yang mati dah masuk alam barzah. Yang jadi hantu hanyalah jin atau syaitan.
ReplyDeletehehehe....ye tak ye gak
ReplyDeleteada juga roh yang tak diterima bumi.....
ReplyDeleteseram lah.
ReplyDeleteHuuaa ngantuk cerita bengong
ReplyDeleteyou know what, when you asked your visitor to click on any advertisements available on your website, the money that you'll earn is considered haraam. why? try to search the answers on the google. just want to inform you about it. no offence.
ReplyDelete