Bunyi dentuman petir yang kuat diikuti dengan kilat sabung
menyabung mengejutkan Mazni yang sedang leka mengulang kaji pelajaran. Pucat
lesi muka anak dara berusia 17 tahun itu kerana terperanjat. Mazni bingkas
bangun. Rasa takut menyelubungi segenap sanubari gadis manis berambut ikal
mayang itu. Bunyi desiran air hujan di malam hari tu tambah meresahkan hatinya
menyebabkan Mazni berasa tidak bertahan lama di biliknya . Tanpa menutup lampu
bilik dia terus ke ruang tamu dan duduk memeluk tubuh di sofa. Matanya merenung
jauh entah ke mana. Malam itu Mazni sendirian di rumah. Ibu dan ayah serta dua
orang adiknya ke rumah Pak Langnya ada kenduri doa selamat pada malam itu.
Mazni enggan pergi dengan alasan hendak mengulangkaji
pelajaran kerana peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia sudah hampir. Sebelum
pergi, ibunya mengingatkan bahawa mereka mungkin pulang agak lewat kerana mahu
menolong apa yang patut. Ibunya juga berpesan agar Mazni tidak lupa mengunci
semua pintu dan tingkap. Sebaik sahaja mereka pergi, Mazni segera mengunci
pintu dan tingkap. Kemudian dia terus berkurung di dalam biliknya dan mengulang
kaji pelajaran. Ketika sedang asyik menelaah, hujan turun dengan lebatnya
diselangi kilat sabung-meyabung. Kesunyian yang begitu mencengkam tiba-tiba
mengundang resah dan takut di hati Mazni. Jam menunjukkan pukul 11.30 malam .
Mazni masih bertelekup di sofa. Hendak menonton televisyen
bagi menghilangkan kesunyian, kilat dan petir yang masih berdentum dan
sabung-menyabung menyebabkan hasratnya itu terhalang. Saat itu timbul rasa
kesal kerana menolak pelawaan ibu dan ayahnya tadi. “AH kenapalah lambat sangat
ayah dan ibu balik ni?” keluhnya untuk sekelian kali. Untuk menghilangkan rasa
takut, Mazni membaca ayat Kursi dan beberapa ayat al-Quran yang lain. Namun
rasa cemas yang tak kunjung hilang itu menyebabkan dia akhirnya mengambil
keputusan untuk tidur.
Baru sahaja hendak merebahkan badan Mazni terdengar satu dentuman
yang sangat kuat. Untuk menyedapkan hati dia membuat andaian itu adalah bunyi
petir. Tiba tiba telinganya menangkap bunyi pintu rumah diketuk orang. Apabila
dibuka tiada sesiapa di luar. Mazni menutup semula pintu tetapi ketukan
berbunyi lagi. Sebaik sahaja pintu dibuka, mazni melihat seorang wanita berusia
dalam lingkungan dua puluhan berdiri di depannya. Wanita itu basah kuyup dan
dia mengendong seorang bayi. Bajunya koyak dan ada kesan darah. “Maaf, kereta
kakak rosak terlanggar pembahagi jalan di simpang sana. Boleh kakak tumpang
berteduh sebentar dik?” kata wanita itu memecah kesunyian. Suaranya begitu
perlahan hampir tak kedengaran. “EH, masuklah kak,” kata mazni seolah-olah baru
tersedar dari khayalan.
Setelah mempersilakan wanita itu duduk di sofa, Mazni lantas
ke bilik ibunya mancari pakaian untuk mengantikkan pakaian wanita itu yang
lencun dek hujan. Juga mencari tuala bagi membalut tubuh anak wanita itu.
Sementara wanita itu bersalin pakaian, Mazni bergegas ke dapur menyediakan
minuman panas untuk mereka. “Maaf menyusahkan adik,” kata wanita tadi sebaik
sahaja mazni meletakkan secawan nescafe panas di depannya. “Tak apa. Sekurang
kurangnnya saya ada kawan,” jawab Mazni sambil menjeling bayi wanita itu yang
senyap sahaja sejak tadi. Mungkin sudah tertidur agaknya. Tidak banyak yang
dibualkan oleh mereka berdua. Biar pun banyak yang ingin ditanyakan oleh Mazni,
tetapi mulutnya bagaikan terkunci. Sedangkan wanita itu seolah-olah lebih
senang menyendiri. Mungkin dia ada masalah apabila melihat wajah wanita itu
yang seolah-olah dalam kesedihan.
Tiba-tiba, “maaf dik. Kakak kena pergi sekarang.” kata
wanita itu sambil meluru keluar. Mazni tidak sempat menahan dan hanya mampu
memandang sambil terpinga-pinga. Beberapa minit kemudian kedengaran daun pintu
diketuk orang. “Mesti kakak tadi. Ha itulah. Hujan belum berhenti dah nak
pergi,” omel Mazni dalam hati sambil berlari mahu mambuka pintu. Namun alangkah
terkejutnya Mazni apabila melihat seorang wanita berlumuran darah sedang
mendukung bayi yang pecah kepalanya tercegat di depannya. Wajahnya amat
menakutkan. Dia seolah-olah berada dalam kesakitan dan inginkan bantuan. Tubuh
Mazni menggeletar dan akhirmya dia rebah tidak sedarkan diri .
Ketika membuka mata, sayup-sayup Mazni mendengar suara ibu
bertanyakan apa yang sudah berlaku. Tetapi mazni tidak mampu menjawab. Dia
hanya memeluk erat ibunya sambil menangis semahu-mahunya. Keesokan pagi, sambil
bersarapan pagi ibunya menceritakan satu kemalangan ngeri yang berlaku dekat
simpang berhampiran rumah mereka. “Kasihan pemandu wanita dan bayinya
meninggal. Tu sebab kami terlewat semalam..” Hati Mazni berdebar-debar
mendengar kata-kata ibunya. Dan debaran itu tambah kencang bila ayah menyampuk.
“Berita kemalangan tu ada dalam akhbar hari ini. Gambar perempuan itu dengan
anaknya pun ada. Nah tengok,” katanya sambil menghulurkan surat khabar itu
kepada Mazni. Dengan tangan menggeletar akhbar itu disambut. Tidak salah lagi
memang itulah wanita dan anaknya yang datang berkunjung ke rumahnya malam tadi
ReplyDeleteAlat Bantu Sex Pria
Obat Perangsang
Alat Bantu Wanita
obat penggemuk badan
Pembesar Penis
Oil Pembesar Penis
Obat Kuat Viagra
Obat Kuat Cialis
Vagina ngangkang
Vakum Pembesar Payudara
Vakum Pembesar Penis
Boneka Fuul Body
www.obatperangsangsex.com
Hub: 0812 3456 6910
Pin bb: 26876C1B