JAMBATAN GANTUNG yang terletak di Sungai Kampung Chengal,
Ketereh, Kelantan pada masa dulu dibina dari batang buluh di mana di bahagian
bawahnya diletakkan beberapa buah pelampung sejak 30 tahun lalu agak tersohor
dengan kejadian misteri.
Sehinggalah jambatan berkenaan diganti baru dikenali
'Jambatan Putra' telah dirasmikan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia Ke-4, Tun
Sri Mahathir Mohamed yang menghubungkan Kampung Chengal dengan Padang Halban,
masih lagi berlaku kejadian yang menyeramkan dan menakutkan penduduk setempat.
Walaupun jambatan berkenaan kini telah dijadikan lokasi
pemancing, namun golongan pemancing yang datang ke situ sentiasa membawa teman
untuk mengelakkan kejadian diganggu oleh makhluk halus yang berkampung di situ.
Mungkin individu yang belum pernah terkena gangguan makhluk
halus yang menghuni di tebing sungai tersebut akan menafikan kejadian yang
dimaksudkan, namun menurut beberapa orang pemancing yang merasai pengalaman
sendiri apatah lagi turut dimaklumkan oleh beberapa orang warga emas di kampung
itu sebagai bukti bahawa Jambatan Putra dan Sungai Kampung Chengal memang
mengusik apabila menjelang pagi.
Seorang pemancing yang ditemui, Mohd. Rizal Jusoh, 35, dari
Kampung Jambu Merah, Melor, Kelantan menyifatkan Jambatan Gantung yang dibina
pada tahun 1978 itu hanya boleh dilalui kenderaan ringan seperti basikal dan
motosikal sahaja itu memang berpuaka.
Ini kerana menurutnya, warga tempatan sedia maklum jambatan berkenaan memang ditakuti ramai disebabkan mereka pernah terlihat jelmaan hantu air di sungai tersebut.

Di sebelah kanan jambatan gantung itu dikenali sebagai
'pengkalan mandi' yang menjadi tempat golongan remaja untuk mandi, manda,
berenang dan bermain air kerana airnya agak dingin dan menyegarkan badan jika
mandi di waktu panas matahari.
Namun, suatu kejadian misteri telah berlaku pada pukul 12.00 tengah hari apabila salah seorang remaja perempuan yang sedang mandi bersama lima rakannya yang lain didapati ghaib di sungai tersebut. Remaja perempuan itu dikatakan sedang terjun seorang diri ke sungai terbabit dari jambatan itu didapati tidak timbul-timbul.
Kejadian itu turut menggemparkan seluruh penduduk kampung terlibat kerana ada yang mendakwa amat mustahil remaja perempuan itu lemas kerana aliran airnya agak perlahan.
"Segelintir orang kampung ini kata remaja perempuan itu disembunyikan hantu air sebab itulah dia ghaib. Remaja perempuan itu kemudiannya muncul selepas empat hari berlalu kerana ikhtiar seorang bomoh, menyebabkan makhluk itu mengembalikannya", cerita Mohd. Rizal.

Kata Mohd. Rizal lagi, pada tahun 2008 salah seorang
penduduk dari Kampung Chengal turut disakat makhluk halus di bawah jambatan
berkenaan apabila perahu yang dinaikinya tiba-tiba tidak dapat bergerak
seolah-olah sedang ditarik oleh suatu kuasa yang tidak dapat dilihat dengan
mata kasar. Setelah berkeras dengan makhluk ghaib itu, barulah perahu yang
didayungnya itu dapat meluncur seperti biasa tanpa diganggu lagi.
Menurutnya, beliau sendiri pernah mengalami suatu pengalaman sewaktu sedang mandi di bahagian hujung Jambatan Putra beberapa tahun lalu apabila makhluk halus yang sama turut menjelmakan dirinya dalam kocakan air di sungai terbabit. Namun, beliau tidak dapat melihat wajah makhluk halus itu kecuali terpandang badannya sahaja.
"Pada saya, sungai tempat saya dan rakan-rakan yang lain sedang memancing sekarang adalah satu kawasan agak keras dan berpuaka. Ini kerana, kawasan ini agak sunyi dan terlindung dari pandangan umum apatah lagi berhampiran hutan tebal dan sebuah tanah perkuburan, katanya.
Tambahnya, di tebing sungai berdekatan dengan tanah perkuburan sering berlaku kejadian usikan. Katanya, beliau pernah beberapa kali melihat seperti gumpalan angin yang bergerak pantas ke arah tanah perkuburan di atas tebing sungai itu sewaktu sedang menunggu jorannya disambar ikan ketika memancing di sebelah pagi di atas Jambatan Putra. Namun katanya, mujurlah golongan pemancing agak ramai berada di atas jambatan terbabit, jadi perasaan seram dan takut berkurangan.
Berbanding dengan pengalaman Sabri Mat Nawi, 39, dari Kampung Bukit Kechil, Melor, Kelantan yang merupakan seorang yang sanggup berjaga malam semata-mata memenuhi hobinya sebagai pemancing di atas Jambatan Putra itu apabila beliau sering tercium bau-bauan yang harum semerbak yang pada hematnya datang dari arah rumpun buluh berhampiran tiga buah pusara di tanah perkuburan yang sama.
"Bau-bauan harum itu kerap muncul pada pukul 2.00 pagi. Waktu itu memang cukup sunyi, jadi ikan patin gemarkan suasana yang sunyi.
"Jadi, sementara kami menunggu joran disentap ikan patin, ketika itulah munculnya makhluk yang tidak diundang cuba mengganggu ketenangan kami", ujar Sabri.
Katanya, semenjak beliau datang memancing dari dulu sehingga sekarang di sungai itu, beliau pernah beberapa kali melihat sesusuk tubuh sedang melintasi arah sungai itu menuju ke arah serumpun buluh yang terletak di bahagian hujung sungai berkenaan. Padanya, agak mustahil manusia sanggup dan dapat melintasi sungai itu dengan mudah seolah-olah berjalan di atas air kecuali makhluk halus yang dapat melakukannya.
Sabri menambah, berhampiran rumpunan buluh itu memang telah diketahui umum kerana dikatakan kawasannya agak keras dan ditakuti ramai. Penduduk setempat tidak akan melalui Jambatan Putra seorang diri apabila menjelang malam kerana dibimbangi dilintasi makhluk halus yang sering menjelmakan dirinya dan sering berjalan di atas air dari arah pusara tersebut kerana kawasan itu didakwa sesetengah pihak sebagai perkampungan makhluk ghaib itu.
Kata Sabri lagi, jelmaan makhluk halus berhampiran Jambatan Putra tempat beliau sedang memancing itu memang sering mengusik mereka kerana pada masa itu suasananya agak sunyi. Jelmaan makhluk halus yang menghuni di kawasan itu seolah-olah meniru atau mengikut mereka untuk turut sama memancing. Bezanya, makhluk itu seolah-olah sedang memancing dengan cara bertenggek di atas gumpalan rumput menghijau yang tumbuh di atas permukaan air di sungai itu berbanding kebanyakan pemancing yang berada di atas jambatan berkenaan.
Sabri menambah, usikan makhluk itu terhadapnya dan rakan-rakannya yang lain kerana mereka bukannya penduduk dari Kampung Chengal itu. Sebab itulah baginya agak tidak sesuai datang memancing seorang diri, bukannya terlalu takut disakat oleh makhluk itu tetapi bimbang sesuatu yang tidak diingini berlaku tentunya tidak diketahui oleh orang lain. Justeru, dengan kehadiran pemancing yang agak ramai sedikit sebanyak dapat memberikan ketenangan dan tumpuan terhadap hasil yang bakal diperolehi nanti.

ReplyDeleteAlat Bantu Sex Pria
Obat Perangsang
Alat Bantu Wanita
obat penggemuk badan
Pembesar Penis
Oil Pembesar Penis
Obat Kuat Viagra
Obat Kuat Cialis
Vagina ngangkang
Vakum Pembesar Payudara
Vakum Pembesar Penis
Boneka Fuul Body
www.obatperangsangsex.com
Hub: 0812 3456 6910
Pin bb: 26876C1B
Ini artikel asal saya di http://azmirelatif-1.blogspot.com, bro.
ReplyDelete