Cerita seram: Pramugari bersetubuh dengan hantu raya

CUACA pada malam itu agak dingin. Semua penghuni rumah teres dua tingkat di Nilai, Negeri Sembilan itu sudah tidur semasa Keena pulang daripada kerja.
Pada masa itu jarum jam menunjukkan pukul 11 malam. Pramugari itu terus ke bilik air untuk membersihkan tubuh setelah 13 jam mengharung penerbangan dari London ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang.
Sedang dia asyik menghayati siraman air suam kuku, tiba-tiba pandangan mata Keena terarah kepada sebuah objek yang melekat pada cermin pemisah bilik airnya.
Dek terlalu letih, Keena tidak banyak berfikir. Dia menyangkakan objek itu mungkin seekor kelawar yang tersesat ke dalam kamar mandinya. Seketika kemudian objek berwarna hitam itu lenyap.
“Bila diamati betul-betul ia seolah-olah tapak tangan lembaga hitam yang diletakkan pada cermin itu,” tutur Keena, 37.
Sejak setahun lalu, ibu tunggal itu sudah terbiasa dengan kejadian pelik di rumahnya. Rumah tersebut didiami Keena bersama ibu, adik dan seorang anak lelakinya.
Malah, adik perempuan Keena mendakwa pernah melihat makhluk seakan-akan beruk besar berdiri di atas bumbung rumahnya. Jelas Keena, sejak bercerai dengan suaminya enam tahun lalu, rumah itu tidak lagi tenteram seperti dahulu.
Ada sahaja gangguan misteri berlaku. Daripada bunyi bising hinggalah jelmaan makhluk hitam berbulu yang menemani tidurnya.
“Lampu terpadam tiba-tiba, bunyi orang sedang berjalan dan benda mencakar dinding sudah menjadi perkara biasa buat saya. Kadang-kadang ada bunyi guli melantun di atas siling.
“Semasa tidur pula ada makhluk berbulu hitam pekat sering menindih saya. Apabila dibacakan ayat Kursi dan dilaungkan azan ia akan hilang tetapi akan muncul semula.
“Bukan itu sahaja, sejak mengalami gangguan itu, emosi saya selalu tidak stabil. Saya menjadi semakin panas baran dan mudah marah,” jelas Keena dalam nada sugul kepada Jurnal.
Dia tidak sahaja diganggu oleh bunyi-bunyi aneh dan jelmaan makhluk yang menyeramkan, bahkan kehidupan peribadi Keena turut merudum.
Setelah bercerai dengan suaminya yang merupakan seorang pramugara pada tahun 2006, Keena mengalami banyak kegagalan dalam percintaan.
“Dalam tempoh itu saya sudah bertunang sebanyak tiga kali. Apabila hampir untuk diijabkabulkan, hubungan kami terputus tanpa sebab. Saya baru sahaja putus tunang dengan seorang mualaf.
“Dia tiba-tiba tidak jadi berkahwin dengan saya walaupun hanya tinggal seminggu lagi. Saya bingung, mengapa semua ini berlaku?” kata Keena.
Menyedari keanehan itu, Keena berjumpa ramai pakar perubatan Islam untuk mendapatkan rawatan. Malangnya keanehan berlaku lagi sewaktu dia membawa seorang ustaz ke rumahnya untuk berubat. Dalam perjalanan itu, kereta mereka dihalang oleh seekor ular besar berwarna hitam.
Ular itu bagaikan hendak menghalang ustaz itu daripada tiba ke rumah Keena.
“Sewaktu menjemput seorang ustaz daripada jalan utama ke kawasan rumah saya, konvoi kami dihalang oleh ular itu.
“Ular berwarna hitam yang berdiri setinggi kereta itu berada betul-betul di tengah laluan kami sebelum ia tiba-tiba lenyap.
“Anak saya memberitahu bahawa dia seperti sedang menonton rancangan National Geographic secara langsung. Itulah pertama kali saya melihat ular yang begitu besar,” tutur Keena.
Menurut seorang pengamal perubatan Islam, Shamsuri Shafei, Keena sebenarnya menderita akibat disihir dan diganggu hantu raya.
“Makhluk berbulu yang sering dilihat Keena itu kalau di kampung dipanggil hantu raya. Ia dibela sejak zaman-berzaman dan dihantar untuk memecahbelahkan kehidupan orang lain.
“Dalam diri Keena sendiri ada makhluk halus yang bersarang. Kerana itulah emosi dia kerap terganggu kerana terdapat kesan lebam pada tubuhnya,” tutur Shamsuri.
Tambah Shamsuri, lebih teruk apabila makhluk berbulu setinggi manusia biasa itu boleh melakukan persetubuhan dengan mangsa.
“Ada mangsa gangguan hantu raya yang mengaku dia disetubuhi oleh makhluk itu. Biarpun dalam keadaan tidak sedar, tetapi ciri-ciri seperti seseorang yang selesai bersetubuh itu terdapat pada mangsa,” tambah Shamsuri.
Baru-baru ini, Shamsuri melakukan proses menghalau makhluk tersebut dan memagar rumah Keena dengan bacaan ayat-ayat rukyah.
Setiap bilik di rumah Keena dibacakan ayat-ayat suci berserta bacaan doa untuk menghalau makhluk ghaib tersebut. Sebuah bilik di bahagian belakang yang didakwa oleh Shamsuri sebagai tempat hantu raya tersebut duduk dilaungkan dengan alunan azan.
Ketika Shamsuri dan tiga orang pembantunya melaungkan azan secara serentak itu, perhatian Jurnal tertarik oleh bunyi dari sebuah almari.
Bunyi jari telunjuk yang mengetuk pintu almari itu bersahutan sebanyak empat kali sebelum ia berhenti.

Jelas Shamsuri, apabila dibacakan ayat-ayat al-Quran dan azan, makhluk halus tersebut akan berasa panas dan marah. Seterusnya akan kedengaran bunyi-bunyi seperti mencakar dinding, bunyi cawan dan harimau mengaum.

“Tanda-tanda ini akan berlaku pada waktu malam selepas ia dihalau. Ini bermakna ia tidak akan mengganggu lagi mangsanya,” kata Shamsuri.

Kisah Seram: Hantu di UTP

Ada seorang lelaki A, pelajar UTP. Bercinta dengan si gadis B, juga pelajar UTP. Gadis C pula bercinta dengan jejaka D. Dua2 taktau pelajar mana. Tapi jejaka A dan awek B adalah kawan kepada gadis C. Ceritanya gadis C pernah macam2 dengan jejaka D (terlanjur lah! kena explain lagi sekali ke!) sampai mengandung. Namun kisah chenta C & D tak kemana ble clash tengah jalan. Kemudian si jejaka A dan aweknya B simpati kepada gadis C yg mengandung dan decide utk membantu dan take care si gadis C seberapa yang mampu. Sebab jejaka A begitu caring, akhirnya gadis C jatoh hati kepada A. Awek B dapat taw n marah dengan gadis C. Sejak tu jejaka A dan awek B menjarakkan diri dari gadis C, meninggalkan si gadis C tpinga2. Dah la mengandung. Satu hari keluar newspaper mayat seorang gadis mengandung djumpai. Yes, mayat gadis C. Taktau punca kematian. Dijadikan story mory gadis C ni jadi pontianak dan merasuk awek B. Jejaka A ni tinggal kat village 5. Mula2 jejaka A ni tak perasan awek B ni dah dirasuk C sampai la satu kejadian. Lebey kurang camni.
Jejaka A call awek B seperti biasa.
“Hello sayang. blablabla”
B membalas ” Yes sayang bla bla bla”
selepas cakap dua tiga minit talian terputus.
Jejaka A menyalahkan line handphone dekat v5 yang sememangnya smpah.
Jejaka A call lagi B. Komunikasi semula. Tapi suara B macam lain sikit.
Dua tiga minit talian terputus lagi.
Jejaka A call lagi dan perkara sama berulang2. Suara B asek tukar kejap lain dan talian kejap2 terputus.
Sampai la las sekali tiba2 selepas angkat phone B jawab:
“Eh sori la. tadi tertido la..”
Jejaka A terkejut dan pelik. Dah tu sape yang angkat lime nam kali n jawab dia call tadi??!
Pastu bila jadi macam tu lagi, Jejaka A rasa lain macam. Dia beranikan diri.
” Sape yang cakap ni. Baek cakap betul2.”
“Oh.. dah kantoi ya..(lebey krg cani ah!) Ni saya.. C.”
“Ha? la.. gadis C. lama tak dengar berita. Katne ni? camana bleh jawab handphone B ni?”
(Jejaka A masih tatau berita kematian C)
“Oh.Saya ada sini. saya dalam badan B..”
Jejaka A terkejut. Cuak mula menguasai diri.
“Ye la. Aku tau kita ada byk benda utk disetelkan. Meh la jumpa face to face”kata Jejaka A.
“Oh nak jumpa? mari la. tengok la luar tingkap.” (utk pngetahuan jejaka A duduk v5 third floor)
Jejaka A tak berani menoleh tepi tingkap nya. Bulu roma naek. Rumet jejaka A time tu cam terdengar then cakap
“Oihh. Aku nak jumpa dia gak. Mana2?? Luar tingkap je?haha” Rumet Jejaka A cakap gaya gurau.
Tetiba serentak dgn tu handphone rumet jejaka A berbunyi. Bukak ada sms bunyi lebey camni.’Nak jumpa aku? pndang luar’
Bila dorang pandang luar tingkap dorang ade pontianak terbang ngilai.
Rumet A demam truk sejak tu.

Cite ni dikatakan jadi awal sem ni. Time tu satu aras jejaka A tu tutup tingkap n langsir bila malam. Jejaka A n Awek B pn dikacau dengan teruk. Dalam version ni Ustaz Harun Din antar anak murid dia datang tolong tapi dengar tak dapat buat apa2 sebab pontianak tu seblum mati dah tak islam. Tatau a apsal kan. Tu je a kesah pontianak di village 5 ni. Diingatkan lagi, ni kisah yang aku dengar dari rakan. Aku renung sendiri cam banyak perencah2 cerita yang sebabkan cerita ni bleh wat filem so aku pn tak caye sgt. Maybe betul ada n maybe cuma ditokok tambah, Wallahualam

Cerita hantu : Ditegur arwah

Kisah ini terjadi tahun lepas semasa aku pulang bercuti di kampung. Pagi itu dalam jam 3.30 pagi...telefon di rumahku berdering...aku yang belum tidur dalm hati berdebar terus mengangkat panggilan. Selalunya telefon lewat pagi ni mesti ada hal yang tak berapa elok terjadi. Ternyata tekaan ku tepat. Ada orang meninggal dunia di Parit Sulaiman.Pihak keluarga meminta abang ku yang selalu menguruskan hal-hal kematian di kampung datang segera kerana ada sesuatu yang mereka nak bincangkan.
Aku mengejutkan abangku... selepas itu abang aku menelefon seseorang. Kemudian dia datang kepadaku dengan muka serius dan minta aku pergi ke rumah arwah dahulu dan dia akan menyusul kemudian. AKu dengan berat hati terpaksalah bersiap dan menuruti perintah. AKu tau jalan nak ke dalam sana sangat gelap dan jauh kedalam... arghhh...aku tak nak pikir bukan-bukan...aku start moto honda cub 70 ayah aku dan terus bergerak.
Awal pagi tu cahaya bulan agak terang dan berkabus, tiba di pintu gerbang masuk ke parit sulaiman aku rasa tak sedap hati..berdebar-debar..tapi takkan aku nak patah balik kerumah..aku terus menyusuri jalan tanah merah sambil mengelak lubang-lubang yang boleh membuat aku tertonggeng dibuatnya termasuk tayar honda cub abah aku.
Sepanjang jalan yang kiri-kanan dipenuhi dengan sawah padi aku tak berselisih dengan sesiapa...yang kedengaran hanya bunyi moto tua aku tunggang. AKu melepasi surau dan di hadapan ku ada sebuah selekoh panjang ...di situ tiada rumah penduduk...cahaya bulan yang terang mmebantu aku tengok jauh kehadapan selekoh....di sinilahh ia terjadi.....
Sampai di selekoh aku terpaksa memperlahankan kelajuan ..sebaik tiba di separuh selekoh yang kiri kanannya hutan belukar...aku melihat susuk seorang wanita berbaju putih labuhhh berambut panjanggg seolah2 terapung-apung di atas rumput di tepi jalan betul-betul di penghujung selekoh berhampiran dengan tempat orang melepaskan air ke sawah. Serentak dengan tu moto aku tersengguk-sennguk dan terus berhenti...enjin moto aku tak mati tapi aku tak terdaya nak pulas throttle atau bergerak...aku terkaku di atas moto..melihat wanita berambut panjang itu berdiri betul-betul di hadapan aku.
Wajahnya hanya kelihatan putihh tanpa mata,hidung atau mulut...aku hanya terkaku melihat dia dengan jelas...terkumat kamit mlut aku membaca surah-surah yang aku ingat tapi ia tetap disitu....sekali sekala angin yan gberhembus sejuk menerbangkan rambutnya yang panjang hingga ke tanah itu dan berbau wangi yang tak dapat aku cakap baunya mcmana....tak dapat aku bayangkan bagaiman perasaan ku masa tu....mata aku tak berkejip tengok jelmaan wanita itu....yang aku pasti langsuyir atau pontianak ....berulangkali ayat Qursi aku baca ...aku kuatkan semangat aku capai pasir tanah merah sampai ayat akhir ayat Qursi aku ulang 7 kali sambil aku jerit Allahuakbar aku cmapakkan ke arah jelmaan tu...ketika itu juga throttle moto aku berjaya aku pulas...dan aku memecut berlalu dari situ..masa aku melepasi jelmaan itu memang aku nampak ia masih ada disitu tapi ia terapung agak tinggii dan berada di atas air ...masa tu aku lunjurkan badanku ke hujung seat belakang tunduk dan terus pecut..aku takut di dok atas moto aku..segala lubang aku redah ...aku tak toleh belakang lagi...sampai saja kat rumah arwah dengan mukka pucat ..moto tak smepat tongkat aku lepaskan saja...terus aku meluru ke tempat orang ramai berkumpul. GEmpar seketika mereka tengok aku..
Bahuku ditepuk oleh pak cik derih...awat..hang jumpak ka? tanya dia dengan tersenyum. Dia membacakan sesuatu dan hembus ke muka aku...dan bagi aku segelas air. Minum ni katanya. Lepas seteguk dua aku minum baru la aku rasa ok sikit. AKu pun ceritala kat depa smeua... Pak cik derih hanya komen.. tempat tu memang selalu orang jumpa...rezeki hang la dia nak jumpak hang. Tak lama lepas tu abang aku sampai dengan orang-orang masjid dalm satu kereta.Dia berbual seketika dgn pak cik deria sambil tersenyum tengok aku. Datang kat aku dia tanya aku ok ka tak...aku jawap ok tapi terkejut lagi.. dia tanya nak balik berani ka tak...aku jawap aku tunggu cerah laa aku balik...dia senyum dan terus berlalu. Sampai cerah baru laa aku balik rumah..tu pun aku ikut jalan lain.

Sampai sekarang aku tak penah pegi lagi situ..yang aku dengar..memang ramai dah orang terserempak kat selekoh tu..ada yang pernah terjunam dalam parit sebab terkejut...ada yang lari tinggal moto...kiranya aku ni gagah jugakla tak lari tinggal moto bapak aku. Kalau tak...satu hal lagi aku nak kena pi ambik balik. Itula pengalaman pertama aku nampak jelas makhluk alam lain ...orang kata pontianak atau langsuyir berwajah buruk..tapi apa yg aku nampak lewat pagi tu...hanyalah WANITA BERAMBUT PANJANG KE TANAH, BERBAJU PUTIH BERSIH, BERBAU HARUM DAN TANPA WAJAH.

panas dan terhangat

Promosi

Koleksi

6 tanda-tanda rumah berhantu Cara melihat hantu dengan mudah Cara mengesan kewujudan hantu cerita benar: pengakuan seorang perogol cerita hantu : chatting di hostel Cerita hantu : Ditegur arwah cerita hantu : diusik penunggu rumah Cerita hantu dan seram: Hantu jerangkung Cerita hantu dan seram: Roh wanita di rumah sewa - Seksyen 7 cerita hantu seram misteri kampung Tanduo cerita hantu seram: Diganggu ketika bertugas malam cerita hantu seram: Tetamu malam Cerita hantu: Hantu Penanggal cerita hantu:hantu penanggal cerita hantu:hantu tali gantung cerita hantu:penunggu cerita misteri Cerita Misteri Seram : Kemanyan City Johor Bahru Cerita Misteri: Hantu di Jambatan Kg. Sungai Cengal Cerita seram : Misteri lorong Cerita seram : Sapaan jururawat cerita seram: bayi terkena badi cerita seram: diganggu hantu jepun cerita seram: diganggu syaitan Cerita seram: Jelmaan Tok Bidan bawa janin keliling kampung cerita seram: pontianak Cerita seram: Pramugari bersetubuh dengan hantu raya Cerita seram: Roh wanita dalam tandas cerita seram: teksi cerita seram: tetamu misteri cerita seram: toyol curi duit cerita seram:arwah ibu lawat anak cerita seram:kaki cari tubuh cerita seram:kepala atas kubur cerita seram:kepala berambut panjang cerita seram:langsuir cerita seram:menempah bilik cerita seram:misteri kematian polis cerita seram:pengalaman ngeri penggali kubur Gadis ghaib muncul di kubur jelmaan tiga gadis misteri di tasik melati Jenis-jenis hantu Kelantan Ketereh kisah cerita hantu dan seram di gunung pulai kisah cerita hantu dan seram di hospital putra jaya kisah cerita hantu dan seram di sebuah hotel di Ipoh kisah misteri lorong sunyi Kisah seram : Tengkorak terbang di Seri Alam Kisah seram benar : Pengalaman penggali kubur kisah seram di pantai kisah seram di pondok kebun pisang Kisah Seram Jalan Lama Karak Kisah seram: Asrama Kisah seram: Banglo lama di Taiping Kisah Seram: Hantu di UTP Mimpi seram: Arwah minta bersihkan darah bawah tikar Peluang pekerjaan secara Sambilan/ Part time : Tambah pendapatan anda hanya dari rumah Peluang pendapatan : Pekerja sambilan diperlukan Roh ibu mencari bayi Seram: Puaka di Genting Shah Alam video hantu dan seram 1 video hantu dan seram 2 video hantu dan seram 3