kisah cerita hantu dan seram di gunung pulai
Apa yang ingin saya cerita sebenarnya ialah mengenai satu
kisah yang bersangkutan dengan alam JIN. Ini ialah pertama kali saya kongsi
pengalaman RAHSIA saya ini pada umum. Inilah secebis dari kisah lengkapnya
iaitu peristiwa yang terjadi pada tahun 1995, merupakan hari Sabtu selepas
Subuh. Kami satu kumpulan dari Singapura seramai 9 orang semuanya, menganjurkan
sebuah wisata sesama kita, tetapi masih lagi di bawah umur.
Kami mulakan perjalanan dengan menaiki motor berkonvoi ke
Gunung Pulai. Sebenarnya ramai orang2 tua di Pontian (Johor) bercerita tentang
perkara2 aneh dan pelik yang memuskyilkan kami dan ramai orang yang sesat
ketika dan bila berada di Gunung Pulai. Jadi tujuan kami adalah untuk menjejaki
dan memburu tempat2 misteri tersebut dan itu adalah kegemaran saya sejak dulu
lagi iaitu "Jungle Tracking Activities". Sesampai kami di tapak kaki
gunung dan dalam perjalanan kami memulakan "trekking", macam2 perkara
aneh dapat dilihat di Gunung Pulai. Terlalu Banyak untuk dirungkai. Selain itu,
selama perjalanan kami, kami seperti dipantau sesuatu. Seringkali teman2 terperasan
ada 'benda' mengekori kami.
Di suatu kawasan puncak yang sangat tinggi, kawasan itu
seperti ada sesuatu yang menarik perhatian dan kami rasa terpanggil untuk
mengetahui. Semasa 'memantau di kawasan yang lebih tinggi, tiba2 kami semua ada
terdengar suara2, "...Ada orang datang!!... Ada orang datang!!"
beberapa kali. Suasana kali ini sungguh sayu seperti suasana sebuah
perkampungan dan bunyi kereta atau lori yang kedengaran. Malangnya, bila sampai
betul2 di kawasan tersebut, tiada suatu pun kereta atau lori malah kampung
sekalipun, dan masing2 mula berfikir, di atas gunung yang sangat tinggi beratus
meter dari paras laut, mana ada kampung, lori dan kereta??? Keadaan jadi sunyi
sepi. Kami pun cari tapak berkhemah yang strategik serta mengemas beg masing2,
hidupkan unggun api dan semua teman2 bekerjasama menaikkan khemah dan
sebagainya yang patut sebab sampai pun dah masuk Maghrib masa tu.
Pada pukul 9 malam, kami mengadakan sedikit permainan
"GERAK". Pelbagai permainan "GERAK" kami mainkan,
sehinggalah masa berjalan dengan pantasnya. Akhirnya setelah puas kami
'bermain, permintaan khas dari beberapa orang teman ialah permainan "GERAK
TRANSFER" yang mana mereka mahu saya jadi, "PENERIMANYA"
manakala mereka cuba masukkan sebilangan JIN ke dalam badan saya. Masing2 nak
'test power'. Untuk yang pertamanya, mereka masukkan 3 ekor JIN sekaligus
dengan 3 orang 'PENANGKAP' yang berlainan. Pada masa itu, saya dah berubah
menjadi seekor binatang yang ganas, merangkak dan menyeringai bercampur-campur
watak dan sebagainya (kerana 3 ekor sekaligus). Masuk no.4, saya dah jadi JIN
pemalas dan menggantuk, masuk no.5 dan 6, saya dah pun menjadi JIN yang ingin
menentang, macam pendekar pun ada.
Sampai masuk yang no.7, saya menjadi seorang
"PEREMPUAN," malah cara dan perilaku menunjukkan saya seorang
"GADIS" yang mana sedang menangis terisak-isak. Akhirnya teman2 semua
menenangkan saya dan mahu menggeluarkan semula "SEMUA JIN" tersebut.
Dalam kepayahan tersebut, ada juga yang nakal, masukkan lagi 2 ekor JIN dan
menjadikan kesemuanya 9 ekor. Pada masa itulah saya mengamuk, (BENDA) itulah
yang mengamuk sebenarnya. Siap mencabar seorang demi seorang teman untuk
berlawan dan memanggil semua kalangan JIN di atas pokok untuk menyerang mereka
semua. Jadi panick sekejap. Semasa sesi untuk mengeluarkannya itu, mereka
menindih tangan dan kaki saya sedemikian rupa supaya saya tidak meronta dengan
begitu TERUK.
Apabila salah seorang teman "mencabut" keluar JIN
itu, maka terasa seperti sebuah batu 'BESAR' yang bergolek melalui belakang
badan dan terus bergolek melalui tengkuk hingga ke atas kepala. Saya masih lagi
menangis terisak-isak dan kadangkala jadi liar dan marah, setiap kali
menyebut,"MAYANGGG....MAYANGGG,cjangan kacau adik aku... Aku bunuh kamu
semua malam niii!!! Adakala pula saya menjerit dengan suara yang garau,
"Kerahkan semua turunnn... Kita musnahkan mereka malam niii...!!!"
sambil menuding jari ke atas pokok. Beberapa kali saya termuntah semasa proses
pengeluaran 'benda' tu, memang sungguh seksa. Maka kami menggunakan kemahiran
masing2 utk mengetahui tempat apakah itu dan terbukti itu adalah kampung
"BUNIAN" iaitu tempat tinggal JIN di mana dikawasan itu adalah di
antara kerajaannya dan istananya.
"Suatu Lembaga" mendatangi kami berpakaian serba
hitam seperti pahlawan Melayu. Saiz susuk tubuhnya agak besar tinggi, dua kali
ganda manusia biasa. Mukanya kurang jelas dan hampir tak nampak
langsung."DIA" mengucapkan salam dan kemudian berkata, "Jangan
melakukan kerusakan, kezaliman, kehinaan dan kekotoran di 'Taman Mayang'
seorang PUTERI di kawasan dalam Gunung Pulai dan senantiasa berligar di kawasan
"TAMAN" dalam Gunung Pulai itu... " Kawasan mana??? Kami masih
kurang pasti...
kisah cerita hantu dan seram di sebuah hotel di Ipoh
Saya ada pengalaman yang ingin saya ketengahkan. Pengalaman
ini mengisahkan saya bercuti bersama keluarga di LANGKAWI. Kisah ini berlaku
pada tahun JUN 2004. Saya dan keluarga menaiki dua van untuk ke sana kerana
rombongan saya ada tiga keluarga. Perjalanan kami dari Singapura ke Langkawi
dengan menaiki van tentulah jauhkan, jadi apa yang kami buat, kami bercadang
untuk menginap di sebuah hotel tiga bintang yang terletaknya di IPOH. Nama
hotel berkenaan itu.
Sampai saja kami di situ, kami pun turun dari van dan saya
lihat muka masing2 begitu penat dan mengantuk, maklumlah perjalanan jauh, itu
baru kami yang tidak memandu, apa lagi yang memandu van tersebut sudah tentu
lebih penat dan mengantuk dari kami. Jadi saya pun berkata, "Dah
penatkan??? Lagi tak tau amik bilik eh???". Jadi saya, bapa dan juga yang
lain2 masuk ke hotel untuk mendapatkan bilik masing2. Kaunter resepsi hotel itu
terletak di tingkat atas. Sedang bapa saya membuat pertanyaan di kaunter, kami
pun tunggulah untuk mendapatkan kunci masing2. Kami rasa seronok sebab bilik di
tingkat atas kelihatan begitu besar dan cantik. Sementara menunggu, bapa saya
bertanya kepada saya, "Mi berapa bilik nak amik ni???" Saya pun
sambut jawab, "4 bilik bolehlah pak, kita boleh kongsi2, alah untuk malam
ni je."
Tapi rupa-rupanya bilik kami terletak di tingkat bawah di
besmen. Hai apa nak buat terpaksalah terima sebab dah terlalu penat sangat.
Kami ramai2 pun turunlah ke bawah. Alangkah terperanjatnya saya, bilik kami
yang terletak di bawah begitu sunyi dan sepi, seperti kelihatan hotel satu atau
dua bintang bayangkan. Yg hairannya tiada sesiapa di situ kecuali keluarga kami
sahaja. Dengan tidak berlengah kami pun masuk ke bilik masing2. Saya satu bilik
dengan isteri dan anak2 serta kedua adik ipar saya. Untuk pendekkan cerita,
malam itu saya tak dapat tidur, sedangkan keluarga saya nyenyak pula. Saya
pusing ke kiri dan kanan pun tak dapat lelapkan mata.
Tiba-tiba suasana di dalam bilik menjadi terang dan saya
terlihat rupa-rupanya pintu tandas terbuka. Saya tertanya pada diri sendiri,
"Pintu tandas tu tutup apa tadi???" Jadi saya pun bangun terus tutup
pintu itu lalu saya baring semula di katil. Tidak lama kemudian dalam beberapa
saat saja, pintu tandas itu terbuka lagi dengan luas. Saya terperanjat ingatkan
adik saya ke tandas. Saya pun menjenguklah ke arah adik saya rupa-rupanya dia
sedang tidur. Saya dah mula rasa tak sedap hati. Siapa pula yang main dengan
pintu ni??? Bayangkan, tiba-tiba saya ternampak seorang perempuan berpakaian
serba putih berdiri betul-betul di depan tandas itu!!! Dengan rambutnya begitu
panjang dan kusut masai tunduk ke bawah saja sambil menangis terisak-isak. Kali
ini saya dah tak berani untuk tutup pintu itu lagi lalu saya menutup muka saya
dengan bantal terus tidur sampailah ke pagi.
Keesokan paginya saya menceritakan kepada ahli keluarga saya
tentang kisah ini, rupa-rupanya bapa dan makcik saya pun mengalami perkara yang
sama seperti apa yang saya alami pada malam tersebut. Kami pun dah tawar hati
untuk pergi ke hotel itu lagi. Itu saja pengalaman yang dapat saya kongsi
bersama.
kisah cerita hantu dan seram di hospital putra jaya
sebuah hospital di Putrajaya telah mengalami gangguan yang
dikatakan telah menakutkan segelintir petugas yang bekerja syif malam. Gangguan
ini dikatakan bermula apabila seorang wanita wanita berambut panjang sering
muncul di koridor bangunan Institut Kanser Negara (IKN). Ada juga yang
memperkatakan bahawa wanita berkenaan bernama Shasha. Siapa Shasha sebenarnya?
Meskipun boleh dikategorikan antara pusat perubatan paling
moden dan canggih di Malaysia, Hospital Putrajaya telah mengambil pendekatan
spiritual berlandaskan agama apabila menjalankan upacara ‘memagar’, minggu
lepas.
Memagar, upacara yang tidak asing lagi dalam kalangan umat
Islam untuk mengelakkan gangguan makhluk halus itu dilakukan oleh 40 perawat
yang dijemput dari pusat perubatan alternatif terkenal, Darussyifa’.
Difahamkan, ia adalah ikhtiar daripada pihak pengurusan
hospital setelah menerima banyak laporan berkaitan gangguan makhluk halus
daripada kakitangannya sejak dua tahun lalu.
Antara makhluk halus atau ‘hantu’ yang dikatakan popular
mengganggu kakitangan hospital adalah entiti berambut panjang menyerupai wanita
cantik yang digelar ‘Shasha’.
Shasha diceritakan sering muncul merayau di koridor bangunan
Institut Kanser Negara (IKN) pada waktu malam dengan memakai baju berwarna
putih atau kuning.
Walaupun rata-rata kakitangan hospital menolak menyatakan
secara terang-terangan upacara memagar telah dijalankan, mereka mengaku ada
melihat perawat perubatan yang berkopiah merenjis air di sekitar kawasan
hospital berkenaan.
kisah seram di pondok kebun pisang
Lepas kene selubung dengan ustaz Salleh,amin sedar2 die
terbaring kat bawah pokok pisang dalam satu kawasan kampung..mase tu dah
siang..lepas tu datang sorang pakcik..ntah ape name..amin ade sebut,tapi aku
tak ingat..xpe,kite letak la name die Pak Man la eh…
Pak Man ni owner kebun pisang tu…agak die nampak amin macam
lost,die bawak la amin balik…dalam perjalanan balik ke rumah pak man,amin
tengok keliling sume orang kampung tu pakai kupiah…perempuannya pun macam
tu…semua bertudung..takde yang free hair dari kecik hingga ke dewasa..amin
kebetulan pakai ‘suit’ ngaji die malam tadi..memang cun r masuk
channel..suasana kampung pun agak
purba..sebab motor kereta semua antik2 belake…sampai kat
rumah pak man,amin kenalkan diri…pak man tanye die datang dari mane…amin sebut
la name taman tempat kitorang duduk..pak man cakap takde name taman yang amin
cakap tu kat situ…pak man assume amin sesat..amin jadi makin gelisah la…die
menangis sepanjang hari kenangkan parents die..sebab amin ni anak tunggal…pak
man cube la pujuk amin dalam satu hari tu…malam tu,pak man janji esoknye akan
cari ‘taman’ yang amin cakap tu..
Seperti dijanjikan, lepas sarapan pagi,pak man bawak la amin
untuk cari ‘taman’ die tu…pak man tanye la orang2 kampung yang berselisih
dengan mereka..takde sorang pun tau pasal ‘taman’ tersebut..mereka berdua kecewa…pak
man cakap,kalau 3 hari cari rumah amin masih tak jumpa,pak man janji akan amek
amin sebagai anak angkat..dan duduk dengan pak man selagi tak jumpa rumah
amin…memandangkan anak pak man semua perempuan dan belum ade anak lelaki lagi
mase tu…
3 hari berturut2 cari ,masih tak jumpa…confirm la amin jadi
anak angkat pak man..since hari tu,pak man jage amin macam anak sendiri…jage
makan / pakai amin….hantar amin gi sekolah…pak man membesarkan amin dengan
penuh kasih sayang katenye…walaupun berat hati,lame2 die selesa dan amat serasi
dengan keluarga baru die tu..
bak kate pepatah,orang berbudi,kite berbahase,tamat sekolah
zaman sekolah Amin,dia lah yang usahakan kebun2 pak man demi menyambung warisan
pak man..memandangkan pak man dah makin tua dan Amin satu2nya 'anak' lelaki pak
man.
dipendekkan cerite, dewasanye si amin,pak man satukan amin
dengan salah sorang anak pak man..hasil hubungan diorang,amin dikurniakan
seorang cahaya mata…’hero’ katenye…so,mereka bahagia la hidup hingga anak
mereke ni mule sekolah…
nak di jadikan cerite,satu hari, anaknye pulang dari sekolah
dan terus mencari amin di kebun..kebetulan mase tu amin tengah kutip buah
pisang untuk di jual….agak terkejut si amin,sebab anaknya tu tak terus pulang
ke rumah..tiba anaknya,terus ditanya “ayah,ape beze manusia nyata dengan kite
yang ‘BUNIAN’ ni ayah??” amin pun,”haaaaaa??!!!!” amin terus tak sedar…sedar2
die dalam rumah ustaz salleh….
Macamtu la kisah si amin…
agak mengarut kan??
Berpuluh tahun hidup kat situ rupenye satu hari pun tak sampai
duk kat rumah ustaz salleh…
Tapi,lepas dari haritu,perubahan yang sangat ketara terhadap
diri amin…’lurus’nye dah hilang…amin nampak lebih matang dari kitorang..kadang2
kite buat bende tak betul sikit,die akan nasihat…dah macam orang tua dah si
amin tu…padahal sebaye je..nasihat2 die semuanye logik dan boleh
diterime…mungkin sebab die dah ade ‘anak’ kot..tu yang mematangkan die…
Tak tau la samade amin hanye mimpi waktu tu,atau die betul2
pergi ke alam ‘bunian’…wallahualam…Allah je yang tau sejauh mane kebenaran
perjalanan si amin…. Ustaz salleh pun takde komen banyak pasal benda ni…mungkin
amin agak istimewa…tp die memang dah banyak berubah…die seolah2 bukan rakan
sebaye aku time tu…
Bile sekarang ni aku fikir balik pasal hadiah yang selalu
ustaz salleh bagi (barang2 antik), untuk murid die yang cemerlang tiap2 minggu
tu,besar kemungkinan ustaz salleh ade kaitan dengan ‘mereke’…1- sebab kalau
barang antik tu ustaz salleh punye,takkan die boleh bagi suke2…pade aku,ade
sentimental value tu….2- die boleh hantar amin ke ‘sane’..
Read more:
http://seram-giler.blogspot.com/2013/11/kisah-seram-di-pondok-pisang-kisah-seram.html#ixzz3B9BDFmrf
kisah seram di pantai
Kisah Seram Di Pantai Changi (Kisah Seram) | Nama saya Nadia
(bukan nama sebenar). Kisah ini berlaku di pantai Changi kira-kira sebulan yang
lepas. Waktu itu kelas saya mengadakan barbeku untuk kelas berinteraksi antara
satu dengan yang lain kerana kami baru sahaja masuk ke sekolah baru.
Pada malam itu, saya dan teman lelaki saya sedang duduk di
sebuah pondok bersebelahan dengan jalanraya. Saya duduk membelakangi teman
lelaki saya. Kami sedang berbual dan tiba2 sebiji buah kelapa jatuh dari pokok
dengan kuat. Saya tersentak kerana terperanjat. Apabila saya pusing untuk
melihat teman lelaki saya, beliau dengan pantas menarik tangan saya lalu
berkata, "Lincah! Sebelum terlambat. kite pergi balik ke 'pit'!" Pada
mulanya saya ingat beliau bergurau jadi saya tarik balik tangan saya tetapi
dari raut wajahnya yang panik, saya terus bangun dan mengikutnya.
Pit kami berada di sebelah kiri saya tetapi teman lelaki
saya menarik tangan saya dan kami pusing ke kanan, menuju ke arah tempat kapal
berlabuh. Mulut teman lelaki saya terkumat-kamit membaca doa. Baru saya sedar
yang beliau tidak bergurau. Setelah lama kami berjalan, kami berhenti kerana
kami sudah terlalu jauh dari 'pit'. Kami pusing ke belakang dan teman lelaki
saya menyuruh saya membaca Al-Fatihah 3 kali dan meludah ke kanan. Oleh kerana
terlalu takut, sampai bercampur-aduk surah Al-Fatihah saya membacanya.
Kami pun berjalan dengan pantas menuju ke 'pit' dan yang
hairannya setiap kali kami melepasi satu pokok, terasa hembusan angin yang
begitu kuat, sedangkan di hadapan, kami tidak terasa pun hembusan angin. Saya
mengikut teman lelaki saya membaca surah-surah dan perjalanan kami ke 'pit'
terasa begitu jauh. Sampai di 'pit', saya terus rebah dan badan terasa begitu
lemah.
Setelah tersedar kembali, saya bertanya kepada teman lelaki
saya apa yang sebenarnya terjadi tadi. Beliau menceritakan yang ketika buah
kelapa itu jatuh, Cik Pon sedang bertenggek di atas pokok dan sedang
memerhatikan kami dari tadi. Bila kelapa itu jatuh, dia berasa aneh kerana
tidak ada angin yang boleh menyebabkan kelapa itu jatuh dan dia menjenguk ke
atas buat kali kedua. Sewaktu itulah dia ternampak Cik Pon baru nak terbang
turun dari pokok. Dan bila kami ingin ke arah 'pit' (pusing kiri), teman lelaki
saya melihat dari ekor matanya yang Cik Pon sedang terbang menuju ke arah saya
di sebelah kiri dan kerana itulah kami pusing ke kanan.
Bila kami berada di kawasan dekat dengan perlabuhan kapal,
dia ternampak "Gula-gula" menjelma dari belakang pokok. Sewaktu kami
ingin pusing balik untuk kembali ke 'pit', Cik Pon sedang berterbangan di
belakang kami dan kerana itulah kami terasa hembusan angin yang kuat dari
belakang sedangkan di hadapan kami tidak ada angin langsung. Walaupun saya
tidak nampak Cik Pon dan "Gula-gula", pengalaman berada dalam situasi
yang menakutkan ini amat menyeramkan. Mujurlah teman lelaki saya ini boleh dikatakan
berani dan tahu apa nak buat kalau tidak, dah pengsan agaknya saya.
Alhamdulillah, tidak ada gangguan setelah saya pulang ke rumah tetapi
pengalaman ini akan selalu terngiang-ngiang dalam fikiran saya.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Koleksi
6 tanda-tanda rumah berhantu
Cara melihat hantu dengan mudah
Cara mengesan kewujudan hantu
cerita benar: pengakuan seorang perogol
cerita hantu : chatting di hostel
Cerita hantu : Ditegur arwah
cerita hantu : diusik penunggu rumah
Cerita hantu dan seram: Hantu jerangkung
Cerita hantu dan seram: Roh wanita di rumah sewa - Seksyen 7
cerita hantu seram misteri kampung Tanduo
cerita hantu seram: Diganggu ketika bertugas malam
cerita hantu seram: Tetamu malam
Cerita hantu: Hantu Penanggal
cerita hantu:hantu penanggal
cerita hantu:hantu tali gantung
cerita hantu:penunggu
cerita misteri
Cerita Misteri Seram : Kemanyan City Johor Bahru
Cerita Misteri: Hantu di Jambatan Kg. Sungai Cengal
Cerita seram : Misteri lorong
Cerita seram : Sapaan jururawat
cerita seram: bayi terkena badi
cerita seram: diganggu hantu jepun
cerita seram: diganggu syaitan
Cerita seram: Jelmaan Tok Bidan bawa janin keliling kampung
cerita seram: pontianak
Cerita seram: Pramugari bersetubuh dengan hantu raya
Cerita seram: Roh wanita dalam tandas
cerita seram: teksi
cerita seram: tetamu misteri
cerita seram: toyol curi duit
cerita seram:arwah ibu lawat anak
cerita seram:kaki cari tubuh
cerita seram:kepala atas kubur
cerita seram:kepala berambut panjang
cerita seram:langsuir
cerita seram:menempah bilik
cerita seram:misteri kematian polis
cerita seram:pengalaman ngeri penggali kubur
Gadis ghaib muncul di kubur
jelmaan tiga gadis misteri di tasik melati
Jenis-jenis hantu
Kelantan
Ketereh
kisah cerita hantu dan seram di gunung pulai
kisah cerita hantu dan seram di hospital putra jaya
kisah cerita hantu dan seram di sebuah hotel di Ipoh
kisah misteri lorong sunyi
Kisah seram : Tengkorak terbang di Seri Alam
Kisah seram benar : Pengalaman penggali kubur
kisah seram di pantai
kisah seram di pondok kebun pisang
Kisah Seram Jalan Lama Karak
Kisah seram: Asrama
Kisah seram: Banglo lama di Taiping
Kisah Seram: Hantu di UTP
Mimpi seram: Arwah minta bersihkan darah bawah tikar
Peluang pekerjaan secara Sambilan/ Part time : Tambah pendapatan anda hanya dari rumah
Peluang pendapatan : Pekerja sambilan diperlukan
Roh ibu mencari bayi
Seram: Puaka di Genting
Shah Alam
video hantu dan seram 1
video hantu dan seram 2
video hantu dan seram 3