Assalamualaikum.....Sebenarnya aku dah lali dengan
cerita-cerita seram ni. Tapi untuk tatapan dan renungan kita semua aku gagahkan
diri untuk ceritakan satu daripada beribu-ribu pengalaman ngeri untuk ruangan
Xpoi ini.
Kisah ini berlaku kira-kira lima tahun yang lalu. Waktu
itu aku ditingkatan dua dan tinggal di asrama. Aku ni terkenal dengan sifat
yang tak reti takut. Memang sejak kecil lagi aku telah diajar oleh ayahku untuk
tidak takut pada hantu. Menurut ayah ku..." Hantu dan syaitan ni nak
pegang kita pun tak dapat inikan pula nak cubit.." Itulah kata-kata ayahku
yang membuatkan aku berani sehingga kini walaupun pada hakikatnya aku seorang
perempuan yang lemah lembut.
Sekolah aku terletak di sebuah kawasan yang boleh dikatakan
indah dan nyaman. Lagipun di situ kawasan kampung. Asrama yang aku duduki
berada di dalam kawasan sekolah. Jadi senanglah untuk kami pelajar pelajar
asrama untuk berulang alik. Kebetulan pada semester tersebut pihak sekolah aku
bercadang untuk menambahkan lagi satu blok asrama untuk menampung bilangan
pelajar yang kian meningkat. Jadi setelah dipersetujui, Akhirnya kerja-kerja
membina pun dilakukan bersebelah dengan blok asrama puteri yang lama.
Pada mulanya pembinaan itu berjalan dengan lancar
sehinggalah suatu hari.......
Petang itu aku pulang daripada sekolah kira-kira jam 3
petang bersama-sama empat kawan ku yang lain. Setelah menyalin pakaian, kami
bercadang untuk bermain tenis di gelangang yang berdekatan. Sewaktu kami
menuruni tangga untuk ke gelangang berkenaan tiba-tiba kami terdengar suara
lelaki sedang menjerit dan diikuti dengan dentuman yang kuat. Kami dapat
mengesan arah bunyi tersebut. Tak silap lagi ianya datang dari arah tapak
pembinaan asrama baru. Kami segera bergegas ke sana. Setibanya di situ kami
terkejut besar apabila kami dapati seorang pekerja berbangsa Cina telah jatuh
dari bangunan tesebut. Kawan-kawan pekerja tersebut segera mendapatkan beliau.
Aku dan kawan-kawanku tergamam. Tubuh pekerja berkenaan dibasahi dengan darah.
Aku yakin dia telah mati memandangkan keadaan kepalanya yang bercerai dari
badan. Kawanku , Mila tiba-tiba pengsan. Aku terpaku di situ.
Pada malam tersebut kami tidak dapat tidur dengan nyenyak
tambahan lagi kami adalah orang pertama yang menyaksikan kejadian itu. Warden
asrama menasihati kami supaya bawa bertenang. Tetapi aku benar-benar tidak
dapat melupakan kejadian itu lebih-lebih lagi jika teringatkan keadaan tubuh
mangsa yang amat mengerikan. Malam makin larut. Aku cuba melelapkan mataku.
Tiba-tiba aku terdengar seperti ada sesuatu yang sedang menghampiriku. Aku
meluaskan pandangan kesekeliling. Mataku liar mencari benda tersebut. Hidung ku
mula terbau sesuatu yang hanyir. Darah! Aku tersentak. Aku mendongak ke atas.
Aku dapati darah mengalir dari kipas siling. Banyak sekali ! Aku beranikan diri
untuk bangun. Mata ku tiba-tiba tertumpu ke arah kawanku Mila. Ya Allah, Aku
lihat beberapa orang berjubah kuning sedang mengelilinginya. Aku beranikan
diriku untuk menghampiri mereka. Kawan- kawanku yang sedorm sudah lama dibuai
mimpi. Dengan keyakinan aku menegur orang-orang yang berjubah kuning berkenaan.
" Siapa anda semua ?" Mereka tidak menjawab pertanyaan aku. Aku mula
syak sesuatu. Aku beranikan diri lagi dengan memegang salah seorang daripada
mereka. Tetapi... Tangan ku bolos. Ternyata mereka tidak menghiraukan
kedatangan aku. Aku terpinga.. Mereka bangun dari katil Mila dan menuju ke
tingkap yang bertentangan dengan tempat kemalangan petang tadi. Aku dapat
melihat dengan jelas mereka menembusi dinding asrama dan terus melayang ke
angkasa. Aku terpegun.
Tiba-tiba lamunan aku tersentak apabila dikejutkan oleh
suara kawanku Lin. Rupanya bukan aku seorang yang menyaksikan peristiwa itu,
Lin juga sempat menyaksikannya. Lin kelihatan begitu takut, dia menanggis.
Badannya terasa panas dan menggigil. Aku cuba menenangkannya. Lin dapat juga
aku tenangkan. Lega rasanya bila dia kembali seperti sediakala. Kami bercerita
panjang tentang pengalaman masing-masing melihat peristiwa yang berlaku tadi.
Lin menyatakan padaku yang dia ternampak ada dua orang lelaki berjubah kuning
hendak memukul aku dengan Kayu Tas dari arah belakang. Tetapi mereka tidak
berjaya kerana dihalang oleh seorang lagi lelaki berjubah kuning yang lain. Aku
betul-betul terkejut. Aku bertanyakan Lin samaada dia nampak atau tidak lelaki
berjubah kuning mengelilingi Mila. Dia jawab TIDAK. Aku semakin hairan.
Bagaimana dua peristiwa boleh berlaku dalam waktu yang sama tetapi berlainan
keadaan.
Cuma ketika lelaki-lelaki berjubah kuning itu melayang ke
angkasa sahaja kami dapat menyaksikan peristiwa yang sama. Angin malam semakin
dingin. Suasana semakin suram. Aku dan Lin masih tidak dapat tidur.
Tiba-tiba.... "Aaaaaaaaaaaaaa....." Suara orang menjerit seperti
diserang sesuatu kedengaran dari tingkat atas asrama. Serentak dengan itu juga
kedengaran bunyi dentuman yang kuat dari arah yang sama.
Aku bergegas keluar. Aku lihat penghuni penghuni yang
lain juga tercengang-cengang di luar dorm. Masing-masing tertanya apakah yang
berlaku. Warden juga kelihatan terpinga-pinga. Suara jeritan dan lolongan tadi
semakin menjadi-jadi. Kali ini bukan lagi seorang tetapi ramai. Aku semakin
ingin tahu.
Warden meminta sesiapa yang berani untuk mengikutnya naik
ke atas. Aku dan lima orang lagi rakan mengikut warden naik ke atas. Setibanya
kami di sana kami dapati beberapa orang penghuni dorm Emas sedang merangkak di
kaki lima seperti biawak. Aku mengucap panjang. Kami cuba menangkap mereka
tetapi tidak berjaya kerana bilangan yang hendak ditangkap lebih banyak dari
yang menangkap. Warden mengarahkan penghuni yang tidak naik ke atas untuk
mendapatkan bantuan dari warden aspura.
Bantuan yang diharapkan sia-sia sahaja kerana tidak
seorang pun warden aspura yang terjaga termasuklah penghuni aspura sendiri.
Kami mula cemas. Bilangan penghuni yang dirasuk semakin banyak iaitu kira-kira
sebelas orang dan bersamaan dengan satu dorm berkenaan. Mereka menjerit,
melolong dan tak kurang pula yang mengilai. Kami terpaksa mengepung mereka.
Warden mengarahkan supaya kami membaca apa sahaja ayat suci yang kami ingat sambil
mengawasi mereka.
Keadaan semakin kelam kabut apabila ada yang dirasuk itu
mula bertindak liar. Mereka mula berlari menuruni tangga. kami tidak dapat
berbuat apa-apa lagi.Hendak ditangkap memang tidak berdaya. Kami tawakal kepada
Allah. Di bawah mereka mula mengoncangkan pagar yang memagari kawasan aspuri.
Warden meminta supaya kami beramai -ramai memegang mereka supaya mereka tidak
merobohkan pagar untuk lari keluar. Mereka meraung raung. Di saat aku memegang
salah seorang daripada mereka aku rasakan seperti tubuhku digoncang dengan
begitu kuat. Aku mula membaca Ayat Kursi. Kegilaannya semakin menjadi jadi. Aku
menempeleng muka budak berkenaan. Dia pengsan. Menyedari perbuatan aku itu
berkesan, kami beramai-ramai menempeleng kesebelas belas penghuni berkenaan.
Mereka pengsan. Seraya dengan itu azan Subuh berkumandang dengan sayupnya.
Pagi itu ramai di antara kami yang tidak ke sekolah
kerana letih. Apabila di tanya kepada penghuni yang dirasuk apa yang terjadi
semalam, mereka hanya menjawab mereka tidur dengan nyenyak sekali. Bila kami
menceritakan apa yang berlaku semalam mereka bagaikan tidak percaya. Berita
dirasuk beramai ramai sampai ke pengetahuan penghuni aspura. Mereka juga
terkejut kerana tidak seorang pun yang mendengar bunyi orang menjerit.
Malam itu kami mengadakan sembahyang hajat beramai ramai
untuk meminta dijauhkan dari sebarang malapetaka. Pengetua juga menasihati kami
supaya tidak mengingati peristiwa berkenaan. Menurutnya lagi peristiwa
berkenaan hanyalah untuk menguji kesabaran kami. Aku tidak dapat merumuskan
samaada peristiwa berkenaan ada kaitannya dengan kematian pekerja di tapak
binaan.
Tetapi ada cerita yang mengatakan kematian pekerja
berkenaan dirancang oleh abangnya sendiri dan rohnya ingin menuntut bela.
Wallahualam...Bagi aku peristiwa ini adalah suatu pengalaman yang amat berharga